Kenapa rasis sangat — OutSyed The Box tanya Naib Canselor UiTM

Tuan Syed Akbar Ali, pemilik dan penulis blog OutSyed The Box
Penulis blog terkemuka negara semalam menzahirkan rasa kesal di atas pendirian Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, yang menutup peluang warganegara Malaysia bukan Bumiputera mengikuti kursus-kursus tertentu di Universiti awam itu, sedangkan pada masa sama membenarkan bukan warganegara berbuat demikian.
Prof Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM 
Tuan Syed Akbar Ali menulis di blog beliau bertajuk "HOW TO LOSE ELECTIONS 101 dengan sub-tajuk "antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan".
Penulis blog Outsyed The Box itu merujuk kepada sebuah artikel terbitan Permadu Malaysia bertarikh 10 Mei 2024:
https://permadumalaysia.blogspot.com/2024/05/bukan-warganegara-boleh-rakyat-malaysia.html?m=1
Antara isu yang dirujuk adalah seperti berikut:
Pertahan hak Bumiputera
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada pandangan Naib Canselor UiTM yang semalam mengesahkan komitmen institusi itu untuk mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.
Tunjuk setia kepada Raja
Bagaimanapun, UiTM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan yang mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Keperluan mendesak doktor-doktor pakar
Pada masa ini terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara enam bulan hingga setahun untuk menjalani pembedahan.
Malah katanya ada antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan masing-masing.
“Setakat ini, kami tidak fikir kita akan dapat memenuhi sasaran memiliki 28,000 pakar perubatan menjelang 2030. 
Yang paling ramai mati menunggu giliran rawatan di hospital kerajaan dipercayai Melayu
Syed Akbar percaya paling ramai yang meninggal dunia itu adalah orang Melayu juga. 
Beliau menceritakan kisah dan nasib  kenalannya:
"Dulu seorang kenalan saya (Melayu) jatuh sakit. Dia berjumpa doktor di hospital Kerajaan dan dirujuk berjumpa doktor pakar pula. Yang mengambil masa beberapa bulan sebelum boleh jumpa doktor pakar. Bila jumpa doktor pakar, sahabat saya disuruh menjalani beberapa ujian untuk mengesan kanser. 
"Malangnya hasil ujian itu dan lawatan susulan berjumpa doktor pakar hanya berlaku selepas tiga bulan lagi. 
"Dalam banyak-banyak bulan dia terpaksa menunggu itu penyakit kansernya telah jangkiti seluruh badannya dan beberapa bulan kemudian sahabat saya itu meninggal dunia. Innalillah. 
"Kalaulah hospital kita mempunyai lebih ramai doktor pakar dan sahabat saya diberi rawatan yang lebih awal barangkali dia ada peluang yang lebih baik untuk melawan kanser itu," katanya.
Apa yang menyedihkan, Naib Canselor UiTM pula tidak mahu membenarkan doktor warganegara Malaysia bukan Melayu sertai program latihan doktor pakar bedah jantung, menurut Syed Akbar.
Kera di hutan disusukan
Syed Akbar menambah: "Ikut blog Permadu di atas "UiTM boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa"
tetapi bagi warganegara Malaysia (bukan Melayu) sendiri tak boleh. Ini menjadi kes 'kera di hutan di susukan tetapi doktor warganegara sendiri dipinggirkan'.
"Kenapa racist sangat macam ini? 
Menurut Syed Akbar lagi, jumlah kutipan cukai yang paling banyak sekali dalam negara kita adalah daripada orang bukan bumiputera juga.
"Pada Kongres Ekonomi Bumiputra yang terkini wakil Bursa Saham menjelaskan bahawa dalam tempoh tiga tahun yang sudah, 96 daripada 97 syarikat yang tersenarai di Bursa Saham (newly public listed adalah bukan bumiputera. Hampir 99% adalah syarikat bukan bumiputera.
"Secara lojik, ini juga bermaksud hampir 99% hasil cukai yang bakal dikutip oleh kerajaan daripada 97 syarikat baru itu adalah sumbangan bukan bumiputera.
"Kutipan cukai ini juga yang membayar gaji Penjawat Awam termasuk Naib Canselor UiTM dan juga membiayai pembinaan universiti seperti UiTM. 
"Takkan profesor dan naib canselor tak faham perkara simple macam ini?
"Lepas itu bukan bumiputera tidak dibenarkan sertai latihan doktor pakar jantung pula. 
"Lepas itu rakyat negara kita pula, ramai sekali orang Melayu, yang meninggal dunia sebab kekurangan doktor pakar dalam negara kita.
Banyak cantik ya!
"Lepas UiTM ambil duit cukai yang dibayar oleh bukan bumiputera untuk melatih doktor pakar antarabangsa pula (international students). Banyak cantik ya," katanya.
Syed Akbar turut berpesan: "Faham baik-baik ya : yang jatuh maruah di sini bukan 'bukan Melayu'.  Maybe you need another Kongres Maruah. This time get it right."

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?