Yang didakwa menerima didakwa, adakah yang memberi juga akan didakwa?

Sebelum ini pernah berlaku kes melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, di mana pemberi rasuah dihukum denda RM1 juta, penerima pula terlepas. Permadu sekadar ingin pencerahan sahaja, bukan mempersoalkan keputusan mahkamah. Mesti ada sebab di luar pengetahuan awam.

Media hari ini melaporkan Mahkamah Rayuan membatalkan pelepasan dan pembebasan Muhyiddin Yassin apabila mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Menurut portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini, panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ali hari ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lepas yang membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mencabar pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak jelas dan cacat.

Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa.

Bercakap bagi pihak panel rayuan, Hadhariah memutuskan bahawa pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.

“Kami berpendapat hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan empat pertuduhan itu tidak mendedahkan sebarang kesalahan yang diketahui undang-undang.

“Kami menerima hujahan (daripada pasukan pendakwaan) bahawa pertuduhan itu tidak cacat.

"Empat pertuduhan itu jelas dan tidak kabur," kata Hadhariah, memerintahkan pertuduhan dikembalikan dan diserahkan ke Mahkamah Sesyen.

Pada 15 Ogos tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan salah guna kuasa adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Dia berkata pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai dakwaan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Hakim menegaskan antara kekurangan kejelasan mengenai empat pertuduhan itu ialah sama ada Muhyiddin dituduh membuat keputusan yang menyalahi undang-undang atau menggunakan kedudukannya secara menyalahi undang-undang.

Hakim menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa butiran dan perincian akan didedahkan semasa perbicaraan jenayah, menegaskan bahawa pertuduhan mestilah mengandungi butir-butir yang mencukupi untuk membolehkan Muhyiddin lebih bersedia untuk berdepan dakwaan semasa perbicaraan.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Empat dakwaan salah guna kuasa

Pada Mac tahun lepas, di hadapan Mahkamah Sesyen, Muhyiddin minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduhnya menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara Mac 1, 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Ahli politik berusia 77 tahun itu didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.

Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepada Muhyiddin.

Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

Pengubahan wang haram adalah kesalahan menyamarkan aset kewangan supaya ia boleh digunakan tanpa pengesanan aktiviti haram yang menghasilkannya.

Melalui pengubahan wang haram, hasil monetari yang diperoleh daripada aktiviti jenayah diubah menjadi dana dengan sumber yang sah.

Kes terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, dengan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib turut membantu.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri