MP Rompin sepatutnya report polis dan SPRM

Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pahang mengakui bahawa dia juga pernah dihampiri ‘broker’ yang dipercayai berniat untuk memujuknya menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, demikian menurut wartawan NS Ramli hari ini yang menulis untuk portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini.

Ahli Parlimen Rompin Encik Abdul Khalib Abdullah yang dipilih sebagai wakil rakyat kali pertama pada PRU15 lalu mendakwa dia menerima emel daripada seorang individu dipercayai 'broker' pada Oktober lalu.

"Pada awalnya saya tak fikir individu itu mempunyai niat lain, dia cuma hantar emel dan cakap nak bincang pasal projek pembangunan di Rompin.

"Kemudian antara Disember (2023) hingga Januari (2024) lalu, dia hantar WhatsApp dan ajak saya jumpa.

"Dia tanya apa bantuan diperlukan oleh penduduk sekitar Rompin dan ketika itu saya mula rasa tak sedap hati.

"Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengannya dan minta dia berurusan dengan seorang pembantu saya," katanya ketika ditemui wartawan portal berita itu di Kampung Rekoh, dekat Muadzam Shah, hari ini.

Abdul Khalib sebelum itu menyerahkan bantuan kepada enam ketua isi rumah yang terjejas banjir di kampung terbabit.

Mengulas lanjut, pemimpin Bersatu itu memberitahu bahawa dia sebelum ini dihubungi Ahli Parlimen Mersing Encik Muhammad Islahuddin Abas yang bertanya sama ada dihubungi oleh sesiapa yang menawarkan bantuan.

"Saya cakap ada terima emel dan WhatsApp, tapi saya memilih untuk menolak daripada bertemu dengan individu terbabit.

"Dia (Muhammad Islahuddin) juga beritahu yang terima benda sama dan percaya enam lagi ahli parlimen PN yang mengumumkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, turut didekati individu berkenaan.

"Cuma saya fikir mungkin mereka berenam ada berjumpa dengan individu itu hingga membawa kepada perubahan sokongan, menyokong kerajaan pimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar emel dan WhatsApp kepadanya.

Permadu Malaysia berpandangan keengganan mendedahkan fakta penting memperlihatkan MP Rompin itu cuba berdrama dengan standard kualiti berbagai persembahan drama televisyen seperti di siaran TV3 dan RTM. Rakyat sudah bosan dengan sandiwara cerita separuh-separuh seperti ini.

Rakyat mahu tindakan diambil walaupun penjahat itu ialah seorang pemimpin tertinggi, jika terbukti melalui proses perundangan yang tertib. 

Setakat ini, enam ahli parlimen PN daripada Bersatu yang sudah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Peralihan sokongan enam wakil rakyat Bersatu itu juga sebelum ini dikaitkan dengan broker politik, namun dinafikan oleh Zahari dan Mohd Azizi dengan masing-masing berkata mereka menyokong Anwar bukan kerana diugut atau ditawar habuan.

Cakap kosong

Mengulas mengenai dakwaan Syed Abu Hussin bahawa terdapat ramai lagi ahli parlimen PN akan mengumumkan sokongan kepada Anwar menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Februari ini, Abdul Khalib berkata ahli parlimen Bukit Gantang itu hanya 'bercakap kosong'.

"Dia cakap ada enam hingga sepuluh lagi yang akan umum sokong Anwar, jadi mana senarai nama itu? Tunjuklah kalau betul ada lagi.

"Paling saya tak puas hati, dia cakap ada (ahli parlimen PN daripada Bersatu) dari Pahang. Kalau di Pahang, cuma saya dan Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah) saja, mana ada kami akan sokong Anwar.

"Saya kekal istiqamah, saya jadi calon, saya menang sebab parti (Bersatu) yang pilih saya (bertanding) di sini.

"Saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk rakyat, susah macam mana pun, walaupun tidak ada peruntukan, biarlah kita buat kerja dengan cara kita," jelasnya lagi.

Ketika ditanya kenapa semua ahli parlimen PN daripada Bersatu yang secara tiba-tiba menyokong Anwar, dia mengakui memang sasaran utama 'broker' adalah ahli parlimen Bersatu.

"Itu saya tidak ada jawapan, tapi memang setahu saya, sasaran mereka daripada Bersatu," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?