Aman Palestin dipercayai guna wang derma orang ramai untuk bisnes manfaat peribadi, kata sumber SPRM

Gertak Aman Palestin disambut, SPRM sedia berdepan di mahkamah

Media arus perdana, portal berita Malaysiakini melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sebagai berkata badan anti-rasuah itu sedia berdepan Aman Palestin di mahkamah jika pertubuhan itu mengambil tindakan undang-undang ke atas pembekuan akaun banknya.

Azam berkata sementara Aman Palestin ada hak memulakan tindakan mahkamah, SPRM juga ada kuasa di bawah undang-undang untuk membuat siasatan bagi pihak orang awam.

"Tiada siapa boleh melarang mereka untuk ambil tindakan. Kita lawan di mahkamah.

"Setakat ini, kita hanya ikut undang-undang," katanya kepada portal berita itu.

Pada minggu lalu, SPRM membeku 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan entiti syarikat lain melibatkan wang berjumlah RM15 juta.

Pembekuan dibuat berkaitan siasatan penyalahgunaan wang sumbangan dan dibuat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

"Siasatan lama lagi (untuk selesai), ramai lagi saksi akan dipanggil. Setakat ini kita sudah panggil 11 orang, termasuk seorang pemegang amanah (Aman Palestin)," kata Azam.

Dalam sidang media kelmarin, pengurusan tertinggi Aman Palestin menafikan dakwaan pertubuhan itu menyalahgunakan sumbangan yang diberikan orang ramai.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Aman Palestin turut membidas kenyataan SPRM berkenaan kes tersebut, yang didakwanya sebagai "propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya".

"Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23 November 2023 pada perenggan ketiga jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

"Ianya seolah-olah telah menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta (yang dinafikan). Kenyataan-kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti," katanya.

Muhammad Rafique merujuk kenyataan SPRM yang menyebut bahawa suruhanjaya itu membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal tersebut dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan lebih RM15 juta.

Dia berkata Aman Palestin telah mengutus surat kepada Azam dan Pengarah Bahagian AMLA SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin memberi notis agar pembekuan akaun dibatalkan menurut Seksyen 44A AMLATFAPUAA 2021.

Katanya lagi, Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang jika akaun tidak dinyah beku dalam tempoh tiga hari.

'Pelaburan meragukan'

Sementara itu, sumber SPRM mendakwa siasatan dibuat ekoran pelaburan meragukan yang dibuat Aman Palestin menggunakan dana sumbangan orang ramai.

Menurut pegawai tinggi SPRM itu, walaupun pertubuhan itu dibenarkan undang-undang untuk melabur, ia tidak boleh melibatkan manfaat peribadi.

"Antaranya kita tengok pembelian 27 aset yang mana, jika tidak silap, 21 daripadanya adalah bangunan dan tanah.

"Malah ada tanah di Sabah dan Sarawak. Persoalannya mengapa anda nak beli aset-aset ini?

"Wang diberi orang ramai untuk membantu orang. Jadi kalau bak beli aset pun, ia perlu dibuat dengan betul dan tidak boleh libatkan manfaat peribadi," katanya.

SPRM turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin. Pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia merupakan cara untuk menghantar bantuan kepada Palestin.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar