Shahidan Kassim dan Annuar Musa kini orang kuat Haji Hadi

Kalau berpendirian dan berprinsip, bukanlah ahli politik namanya. Itu belum cerita katak berprinsip.

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa antara yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dalam mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu pada semalam, Isnin 30 Oktober 2023..

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan jawatan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.

“AJK lain yang dilantik termasuk Nasrudin Hassan, Mohd Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Zuhdi Marzuki, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Mohd Mazri Yahya.

“Penolong Setiausaha Agung 1, 2 dan 3 pula masing-masing disandang oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil, Khairul Fahmi Matsom dan Mohd Syahir Che Sulaiman,” akhbar harian Bahasa Melayu berpengaruh, Sinar Harian memetik Takiyuddin sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Media pada Disember 2022 melaporkan, Annuar dan Shahidan menjadi antara pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Pada 10 Jun lalu, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sah menjadi ahli Pas apabila menyerahkan sijil keahliannya sempena Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan.

Shahidan yang merupakan bekas Ahli MKT UMNO pula bertanding atas tiket PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Tambah Takiyuddin, barisan Pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik terdiri daripada Mohd Shukri Ramli (Perlis), Datuk Ahmad Saad@Yahaya (Kedah), Datuk Ahmad Yaakob (Kelantan), Datuk Husain Awang (Terengganu) dan Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang).

Selain itu, ia diikuti Razman Zakaria (Perak), Rosli Abdul Jabar (Pahang), Datuk Dr Ab Halim Tamuri (Selangor), Azhar Yahaya (Wilayah Persekutuan), Rafiei Mustapha (Negeri Sembilan), Zulkifli Ismail (Melaka), Abdullah Husin (Johor), Dr Aliakbar Gulasan (Sabah) dan Jofri Jaraiee (Sarawak).

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri