Speaker DUN Pahang antara peserta delegasi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diketuai PM Anwar
![]() |
| Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin |
Bekas Ketua UMNO Bahagian Temerloh dan bekas ADUN Lanchang, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin adalah salah seorang dari peserta delegasi yang mengiringi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.
![]() |
| Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Mohd Sharkar yang kini memegang jawatan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Pahang, di samping Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, sempat mengirimkan rakaman di YouTube ucapan perdana menteri di PBB yang baharu sahaja selesai sebentar tadi, kepada rakan-rakan di Temerloh.
Di bawah ini adalah rakaman video berkenaan:
https://youtu.be/by6-qZl2K6A?si=iSwnhFbi1eh_sayn
(Tekan lama)
Terima kasih kerana menonton video tersebut.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

.webp)




Comments
Post a Comment