Sungai Pahang mengalir coklat
Kisah Sungai Pahang, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, kini diberitakan surut secara keterlaluan.
Keadaan ini telah menarik perhatian ramai termasuk media, serentak dengan kerisauan dan keresahan penduduk setempat.
Video memaparkan suasana Sungai Pahang di Temerloh:
Video dari seorang pengirim bertarikh Jumaat 4 Ogos 2023
Dulu, seorang sasterawan dari Temerloh pernah meluahkan pencemaran alam sekitar terkesan kepada sungai melambangkan ciptaan semula jadi itu, air sungai yang sepatutnya bersih jernih bertukar warna menjadi coklat.
KEKERINGAN PALING TERUK SEJAK 1996
Semalam, di Maran, Pahang, Harian Metro melaporkan fenomena air Sungai Pahang cetek dan kering hingga membentuk beting pasir luas, berikutan kurangnya hujan di daerah ini sejak lebih dua bulan lalu.
Keadaan itu menyebabkan kerugian kepada pengusaha projek ternakan ikan sangkar di beberapa kampung tradisional, yang tidak pernah menduga jajaran Sungai Pahang akan mengering.
| Oleh Fauzi Kadir |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA JEMAAH SIDANG PENGARANG







Comments
Post a Comment