Tahniah Tan Sri Lim Kit Siang

Tak payahlah Ti Lian Ker nak perbesarkan isu pakai songkok

Malaysiakini melaporkan semalam Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa DAP agar memohon maaf kerana menurutnya pernah mengecam parti itu ketika mereka mengenakan pakaian istiadat Melayu pada masa lalu.

Ti Lian Ker

Gesaan itu susulan laporan tokoh veteran DP akan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri esok, di mana dia dijangka akan mengenakan pakaian tersebut.

Gambar Lim mengenakan songkok turut ketika raptai acara turut disebarkan di media sosial. Ti turut memuat naik gambar itu dalam hantarannya di Facebook.

"Saya rasa bangga 'Tan Sri Lim' akhirnya memakai songkok sebagai pakaian protokol dan istiadat.

"Saya masih ingat lagi Adun Triang (dari DAP) Leong Ngah Ngah telah enggan memakai pakaian seragam Adun semasa istiadat dan songkok atas alasan larangan parti semasa Kit Siang jadi setiausaha agong.

"Secara terbuka saya ingin memohon pada DAP untuk memohon maaf pada MCA dan semua ahli MCA yang dipanggil sebagai 'anjing UMNO' dan pengkhianat kerana menerima adat resam dan pakaian seragam yang berlandaskan tradisi Melayu," katanya.

Lim akan menerima darjah kebesaran itu sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang ke-64.

Ahli politik berusia 82 tahun itu bakal menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran Tan Sri.

Mengulas lanjut, Ti berkata jika DAP boleh memohon maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan UMNO sebelum ini, parti itu juga boleh berbuat demikian dengan MCA.

"Mengapa DAP tidak meminta maaf kepada MCA dan MIC yang menjadi sasaran serangan utama mereka kerana bekerjasama dengan UMNO demi mencari titik pertemuan masyarakat kita yang pelbagai.

"Semangat meminta maaf ini adalah cara terbaik ke arah penyatuan dan pengukuhan kerajaan perpaduan BN/PH ke arah pilihan raya negeri (PRN).

"Over to you, Tan Sri Lim Kit Siang dan DAP," katanya lagi.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim