Filem "Anwar: The Untold Story" : Tiket Habis Dijual, Tapi Panggung Kosong!


Sebuah portal berita pro-Perikatan Nasional mendakwa kerajaan cuba mendekati murid sekolah dan anggota bomba dengan menawarkan tiket percuma filem propaganda yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin menentang rasuah.

Menurut MalaysiaNow, tindakan ini dilakukan beberapa hari selepas penerbit menuduh pemilik pawagam mensabotaj filem tersebut berikutan sambutan suram orang ramai. 

Pendekatan ini juga dilakukan ketika penerbit mendakwa filem itu menarik perhatian ramai di pawagam seluruh negara, di samping kempen penyokong perdana menteri untuk menarik orang ramai memenuhi pawagam dengan menawarkan tiket percuma.

Kempen terbaru adalah dengan mempelawa pelajar Tingkatan 6 sebuah sekolah menengah di Putrajaya untuk bersama-sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menonton filem "Anwar: The Untold Story".

Perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang tersebar di media sosial.

Filem buatan Indonesia itu berlatarkan tahun 1990-an yang menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan selepas dipecat daripada pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tangkapan layar daripada klip video pendek yang menunjukkan Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong menggesa penonton melaungkan ‘reformasi’.

Sementara itu, satu klip video pendek tular menunjukkan Ahli Parlimen Selayang William Leong dari PKR berucap kepada penonton sebelum tayangan filem berkenaan di sebuah pawagam di Rawang, Selangor, sambil berulang kali menggesa mereka untuk melaungkan "reformasi".

Laungan “reformasi” sering digunakan Anwar selepas beliau dipecat oleh Mahathir pada 1998 atas dakwaan meliwat.

Pada 20 Mei, anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadiri tayangan percuma, yang turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Noor Azman Taib serta pegawai atasan lain. 

Kakitangan jabatan itu dijemput melalui memo dari pejabat pengarah, menggesa mereka menghadiri tayangan di pawagam di IOI City Mall di Putrajaya. 

Memo daripada pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat menggesa kakitangan dan pegawai menghadiri tayangan percuma 'Anwar: The Untold Story', dan (kanan) surat kepada murid sebuah sekolah di Putrajaya mempelawa mereka bersama-sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menonton filem tersebut.
Memo daripada pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat menggesa kakitangan dan pegawai menghadiri tayangan percuma 'Anwar: The Untold Story', dan (kanan) surat kepada murid sebuah sekolah di Putrajaya mempelawa mereka bersama-sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menonton filem tersebut.

Promosi agresif untuk filem itu mendorong ramai pengguna media sosial menyiarkan kenyataan berbaur sindiran.

Salah seorang pengguna media sosial mempersoalkan mengapa masih terdapat tempat duduk kosong di dalam pawagam walaupun tiket "habis dijual". 

Minggu lalu, penerbit mendakwa filem itu meraih jualan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Bagaimanapun, penerbit mendakwa filem berkenaan tidak diberikan slot tayangan seperti dijanjikan oleh pemilik pawagam.

Dakwaan itu mendapat kritikan hebat, dengan ramai yang mengatakan ia menunjukkan filem itu tidak mendapat sambutan meskipun dihebohkan peminat Anwar. 

Tayangan filem itu bermula ketika suhu politik negara dijangka semakin panas menjelang pilihan raya di enam negeri, di mana gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berharap dapat menarik semula sokongan pengundi Melayu.

Pemimpin kerajaan dan penyokong Pakatan Harapan giat mempromosikan filem itu, dengan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa orang ramai supaya menontonnya. 

Penerbit eksekutif filem itu, Zulkiflee Anwar Haque, memetik tinjauan yang mendakwa orang ramai berpusu-pusu menontonnya di pawagam utama di Lembah Klang, sambil menambah beberapa pawagam "ditempah sepenuhnya dan ditempah lebih awal" untuk tayangan filem itu. 

Walaupun penyokong kerajaan memberikan ulasan yang memberangsangkan terhadap filem itu, pengkritik menolaknya sebagai propaganda Anwar, dengan bekas ahli UMNO yang lantang Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan filem itu sebagai "tidak berguna" dan "memualkan".

Seorang lagi pengkritik berkata filem itu dipenuhi dengan skrip dan lakonan yang buruk.

“Naik bulu roma, dialog buruk. Pelakon memerlukan guru dialek," kata Neddo Khan di Twitternya, merujuk kepada pelakon Indonesia yang mendominasi filem itu, sambil menambah terdapat keperluan untuk menghasilkan filem yang "benar-benar mencerminkan hubungan Anwar-Mahathir".

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan