Di sebalik kes rasuah Datuk Roy, ada watak-watak lain juga


Artikel ini adalah adaptasi dari ulasan analisis portal berita Malaysiakini, siaran semalam, Jumaat 26 Mei 2023.

Beberapa siri pertuduhan rasuah yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan program Jana Wibawa terus menjadi tajuk utama berita.

Antara mereka yang menghadapi pertuduhan rasuah ialah Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Semalam seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang lelaki dikenali sebagai “Datuk Roy” dituduh di mahkamah kerana didakwa menerima rasuah dalam pihak berkuasa ke atas anak Muhyiddin, Datuk Fakhri Yassin.

Fakhri bukan satu-satunya orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Muhyiddin yang dikaitkan dengan kes itu.

Berikut adalah watak-watak yang terbabit dengan kes program inisiatif kerajaan bagi membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik Covid-19 dulu, serta bagaimana mereka dikaitkan.

FAKHRI YASSIN MAHIADDIN

Lelaki berusia 48 tahun ini merupakan anak sulung Muhyiddin yang disebut dalam kertas pertuduhan kes Datuk Roy - atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, rasuah dibayar untuk menyelamatkan Fakhri daripada ditahan reman.

Ia dibayar pada 6 Mac iaitu beberapa minggu selepas kes pertama Jana Wibawa dibawa ke mahkamah.

Fakhri dipanggil untuk disoal siasat SPRM, namun puncanya belum didedahkan. Dia juga tidak ditangkap atau didakwa atas tuduhan rasuah.

SITI DALENA & SYED FARID AL ATTAS

Siti Dalena, 47, mempunyai pertalian dengan keluarga Muhyiddin melalui perkahwinan.

Abangnya, Adlan Berhan, berkahwin dengan anak Muhyiddin, Nabilah. Adlan atau Nabilah tidak dinamakan dalam kertas pertuduhan.

Dalena berkahwin dengan Syed Farid, 41, dan nama pasangan terbabit disebut dalam kertas pertuduhan terhadap Datuk Roy semalam sebagai didakwa memberi rasuah sebagai cubaan menyelamatkan saudara mereka daripada tindakan pihak berkuasa pada Mac lalu.

Dalam salah satu pertuduhan, Datuk Roy didakwa meminta RM400,000 daripada Dalena, dan menerima RM240,000 daripada Syed Farid sebagai dorongan untuk tidak menahan Fakhri.

Dalam pertuduhan lain, Datuk Roy didakwa meminta rasuah RM2 juta daripada pasangan Dalena-Syed Farid bagi mengurangkan pertuduhan terhadap Ketua Penerangan Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

ADAM RADLAN ADAM MUHAMMAD

Berdasarkan laman sesawang berita perniagaanFocus Malaysia, ahli perniagaan berusia 42 tahun itu adalah sepupu kepada Dalena dan Adlan.

Pada Februari lalu, Adam Radlan didakwa atas lima pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM6 juta dalam kes yang berkaitan dengan Jana Wibawa.

Dia didakwa menerima RM4.1 juta daripada dua firma untuk membantu mereka mendapatkan kontrak pembinaan jalan di Perlis serta membina bangunan ibu pejabat polis di Selangor.

Kontrak itu masing-masing bernilai RM47.8 juta dan RM141 juta.

Dua firma terbabit ialah MIE Infrastructure and Energy Sdn Bhd, dan Nepturis Sdn Bhd.

Adam Radlan dituduh menerima bayaran sekali gus dan meminta habuan berdasarkan peratusan nilai kontrak sebagai sogokan.

DATUK ROY

Mengikut kertas pertuduhan, Datuk Roy didakwa atas dua pertuduhan iaitu mencari dan menerima rasuah bagi mengelakkan Fakhri ditahan reman, dan mengurangkan pertuduhan terhadap Adam Radlan.

Dia mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan kelmarin. Turut didakwa - dan mengaku tidak bersalah - ialah pegawai kanan SPRM Mohd Rasyidi Mohd Said.

Datuk Roy dilaporkan sebagai ketua kumpulan yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta dorongan untuk mengurangkan pertuduhan atau membebaskan mereka yang disiasat SPRM kerana rasuah.

Pada 2020, media melaporkan SPRM membuat pengesahan mereka menahan individu yang dipercayai sebahagian daripada "geng Datuk Roy" kerana meminta rasuah untuk menyelesaikan kes SPRM.

Ia berlaku lebih dua tahun sebelum Datuk Roy bertemu dengan Dalena dan Syed Farid pada Mac 2023.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?