Blogger Helen Ang pukul anak sindir menantu

Blogger terkenal Helen Ang (gambar, atas) hari ini memberi komen mengenai isu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy yang membuat kenyataan dalam satu artikel tulisannya, mempersoalkan majoriti penjawat awam terdiri dari orang Melayu dan kaum Bumiputera lain. 

Tak perlulah emosi sangat

Ramasamy sekadar menyuarakan pandangan peribadi beliau. Belajarlah menghormati pandangan orang lain walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangan itu. 

Difahamkan, 90 peratus kakitangan awam adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera lain manakala ketua jabatan dan hampir semua jawatan penting di sektor awam dikuasai kaum berkenaan.

Bagi saya, tak payahlah dibesar-besarkan isu Ramasamy ini. Ada ahli politik menunjukkan kemarahan sehingga menggesa Ramasamy dibuang kerja sebagai boss nombor dua di tempat kedua di negeri Pulau Pinang.

Orang politik ini macam tidak ada kerja lain, tapi di sebalik tabir rasanya mereka itu sebenarnya nak cari makan dan perhatian. Kalau tiada isu, mereka tak boleh survive pula nanti. Kalau tiada isu, mereka akan cari isu. 

Kebanyakan ahli DAP bersetuju dengan kenyataan balas PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa apa yang dinyatakan Ramasamy adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mencerminkan pendirian DAP.

Blogger Helen Ang kata Ramasamy harus lebih kerap pakai songkok, ikut jejak Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang semakin menjadi-jadi selalu kelihatan berhijab.

Saya rasa Helen Ang bukan nak bercerita sangat fasal Ramasamy. Tetapi lebih nak kenakan Hannah Yeoh. Hihihi. Pukul anak sindir menantu

Antara tulisan Helen Ang adalah seperti berikut:

 "Dapsters are also telling Rama to just shut up and quit spooking the Malays. They agree with PMX that Rama’s blunt opinion does not reflect the Cina DAP consensus.

"Rama must emulate his party colleague Hannah Yeoh, and learn to suck up more and know that his Indian place is to sit quietly in a faraway corner."

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?