Gelagat Rafizi, Fahmi Fadzil dorong rakyat lihat PH tiada beza dengan BN

 Mungkin terlalu excited jadi kerajaan

Semalam, ahli parlimen PKR/Pakatan Harapan Lembah Pantai Fahmi Fadzil (gambar, atas) dilaporkan berkata beliau atau boss beliau telah mengarahkan polis menyiasat mereka yang membuat tuduhan berunsur fitnah terhadap perdana menteri baru. 

Baru memerintah beberapa hari sudah menampakkan unsur menyalahgunakan institusi kepolisan. Kalau tak puas hati, buatlah laporan polis atau guna saluran undang-undang seperti memulakan tindakan saman sivil.

Mana-mana pemimpin harus menerima hakikat mereka terdedah kepada risiko dikritik dan difitnah. Jadi guna saluran yang betul.

Bukan main arah-arah Polis Diraja Malaysia. Bukan Polis diPM Malaysia. 

Tidak lama sebelum PRU15, Timbalan Presiden PKR yang kini ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli (gambar, atas) dilapor media sebagai "naik angin" apabila disoal wartawan mengenai keraguan yang timbul dari pengisytiharan harta beliau menjelang penamaan calon untuk PRU15.

Antara kekeliruan termasuk dari mana sumber wang yang diperolehi, serta percanggahan maklumat dengan pengisytiharan harta sebelumnya pada tahun 2015.

Jawapan Rafizi agak menarik apabila memberitahu pada usia 30 tahun beliau sudah ada RM2 juta, Petronas bayar gaji RM27,000 sebulan, dapat pampasan daripada Petronas sebanyak RM400,000 dan gaji lumayan yang diperolehi dari pekerjaan di England di mana beliau menerima bayaran lumayan melalui mata wang pound sterling.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut atau telus.

Bila sebut pound sterling, saya teringat filem Tiga Abdul lakonan P Ramlee yang memegang watak Abdul Wahub. Ada satu adegan Abdul Wahub menebus dua abangnya Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang sudah menjadi hamba abdi. P Ramlee membayar kepada saudagar yang menjadi tuan kepada dua hamba itu beribu-ribu pound sterling 😁.

Satu lagi isu timbul ialah mengenai firma Invoke beliau yang dikatakan menerima banyak sumbangan kewangan dari pihak-pihak tertentu tetapi tidak diketahui umum samada sudah diaudit atau sebaliknya sehingga sekarang.

Susulan dari laporan SPRM dan ia berkait kepentingan awam, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Invoke Rafizi yang difahamkan turut digelidah.

Sebagai respons kepada kedatangan pihak SPRM itu, Rafizi bertindak balas secara agak emosional apabila beliau berkata dengan nada mengugut atau menggertak, bahawa dia akan mencari Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki selepas PRU15 apabila Pakatan Harapan memerintah.

Beberapa pihak menzahirkan rasa kurang senang dengan gelagat Rafizi itu. Antaranya, tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim yang menganggap kenyataan Rafizi sebagai tidak sesuai. Rais turut menasihatkan Rafizi untuk menggunakan saluran yang betul jika dia tidak berpuas hati dengan serbuan yang telah dilakukan.

Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.

End©Permadu

 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?