Dituduh "Balaci Sharkar", blogger Permadu kena tampar di Temerloh

 Sharkar - ada yang suka, ada yang tidak. Itulah lumrah kehidupan. 

Semalam, di suatu petang di sebuah warong di Temerloh, satu perdebatan politik yang tegang sedang berlangsung secara live tanpa kesimpulan.

Tiba-tiba seorang lelaki menerpa ke arah meja saya... Suspens! 

"Siapa kamu? Balaci Sharkar?"

Saya jawab: "Saya bukan orang suruhan sesiapa. Saya hanya blogger jalanan.. ada juga politikus terkenal panggil saya blogger picisan. Memang ada orang panggil saya drone Sharkar. Saya tak ambil peduli. Sebab saya tahu apa yang saya buat.

"Blogger kucing kurap!"

"Awak boleh panggil saya apa saja. Tapi kami berprinsip. Kami berani, kami bebas dan kami berkecuali. Tak menyokong mana-mana parti politik pun.. kami hanya mencari kebenaran."

'Kamu orang luar jangan masuk campur!"

"Siapa kata saya orang luar. Saya anak jati Temerloh."

Senyap seketika.

"Saya tak pernah nampak muka awak di sini..." 

"Saya tidak tinggal di Temerloh.. Macam mana nak nampak.. awak perangai macam gangster kampung (ketawa)"

Maaf. Saya pun celupar juga. 

Tiba-tiba lelaki garang itu naik berang lalu menghentak meja saya dengan kuat. Hampir semua pelanggan warong yang lain macam terkejut dan berdiri memerhati. 

Teh tarik yang masih ada setengah gelas bergegar tapi tak tumpah. Kuih-kuih Melayu yang tinggal sedikit berselerakan dalam pinggan. Cuma meja senget sikit. Tapi boleh repair. Kesian juga kepada taukeh warong. 

"Siapa suruh awak siar cerita Mariam Mokhtar? Awak tahu dia tu anti-Islam? Tudung pun tak pakai?"

Saya jawab: "Kalau saya tak siar sekalipun, dah berpuluh ribu orang tonton di YouTube. Sekarang dunia media maya lebih berpengaruh dari media cetak. Bukan macam zaman dulu kerajaan boleh gantung atau haramkan penerbitan akhbar. Sekarang suratkhabar pun tak ramai yang baca. Berita ada di hujung jari."

Seorang lelaki berjubah di meja lain menyampuk: "Blogger kucing kurap macam kamu memang otak Yahudi.. sesat! Fikiran dah rosak. Dah banyak makan duit haram Cina kafir!"

"Wah wah wah.. sedap mulut Haji cakap," saya jawab, tapi dalam hati sajalah.

Haji berjubah menambah: "Kalau Cina memerintah nanti baru awak tahu langit tinggi rendah.. saya nak tanya awak satu soalan.. yang awak sanjung sangat Mariam Mokhtar tu kenapa?"

Saya jawab: "Saya tak sanjung dia pun. Dia beri hujah, pandangan dan fakta untuk kita nilai. Kalau kita tak setuju dengan dia, kita mesti balas dengan pandangan, hujah dan fakta juga. Bukan dengan menghukum ikut selera sendiri dan haramkan dia."

Saya menambah: "Belum ada kuasa dah nak tunjuk diktator. Pada pendapat saya bukan itu caranya. Kalau kita tak jawab maknanya kita yang salah. Kita beri dia kemenangan percuma. Atau mungkin dia yang betul."

Haji berjubah tunjuk tangan ke arah saya sambil menasihat: "Bertaubatlah sebelum terlambat. Awak bersekongkol dengan musuh Islam!".

Saya menjawab: "Siapa musuh Islam?"

Senyap seketika.

Saya menyambung: "Saya ada dua soalan. Pertama, tadi awak cakap saya kucing kurap dan Balaci (khadam) Sharkar. Mariam Mokhtar tu penyokong Datuk Sharkar ke?"

Soalan kedua: "Awak kata Mariam musuh Islam. Tunjukkan kepada saya mana-mana bahagian percakapan atau penulisan dia yang bertentangan dengan ajaran Islam.."

Gangster kampung tiba-tiba menjerit, "Kurang ajar!!!" melompat ke arah saya dan...

Blank. 

Pandangan saya gelap buat seketika selain bintang-bintang bertaburan di atas kepala.

Selepas penglihatan saya pulih, baru saya sedar saya kena tampar rupanya kerana bertanya soalan "biadab".

Saya nampak beberapa lelaki memegang, menarik dan cuba menenangkan lelaki garang itu. Termasuklah Haji berjubah dan seorang lelaki berambut panjang, berseluar pendek dan memakai t-shirt tanpa lengan menyampaikan kata-kata nasihat sambil mensekolahkan gangster kampung itu.

Yang agak menyentuh perasaan bila saya mendengar kata-kata lelaki berambut panjang itu.

Antara lain dia berkata buat apa terlalu mengikut emosi sebagai penyokong mana-mana parti politik atau calon, sedangkan orang atas senang lenang sesama mereka. Siapa pun yang menang, hidup kita macam ini juga.

Katanya lagi, "kalau blogger tu report polis, awak mungkin masuk lokap malam ni.."

Selepas lebih kurang 20 minit, gangster kampung itu menuju ke arah saya menghulur tangan memohon maaf kepada saya. Saya sambut salamnya dan memberitahu saya memaafkannya. Kami berpelukan atas semangat ukhwah Islamiyah. 

"Saya juga mohon maaf di atas keceluparan dan apa saja perbuatan, kata-kata kepada awak dan tuan-tuan semua."

Akhirnya kami sepakat kes settled. 😁


Kisah benar ini disiarkan dengan kebenaran pelaku-pelaku utama insiden ini dengan syarat identiti mereka, nama kampung dan lokasi warong tidak didedahkan. 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim