Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas
Tinjauan santai SurveyByPermadu mendapati hanya 4 orang atau 3.8 peratus daripada 105 orang ibu atau bapa beragama Islam mahu anak mereka menjadi agamawan atau pendakwah.
Manakala 27 orang atau 25.7 peratus daripada ibu bapa yang sama bersetuju perkataan "selebriti" dikaitkan dengan profesion agamawan atau pendakwah. Selebihnya, iaitu 78 orang atau 74.3 peratus tidak bersetuju.
97 orang atau 92.4 peratus tidak bersetuju amalan keagamaan dijadikan bahan atau alat komersial berobjektifkan keuntungan.
Ini hanyalah laporan awal dari keseluruhan hasil dapatan tinjauan, perincian dan huraian akan menyusul kemudian.
Tinjauan sepasukan anggota SurveyByPermadu dilakukan selama lima hari dari 1 hingga 5 Oktober, 2022.
Kaedah komunikasi adalah secara dalam talian, perbualan telefon dan bersemuka secara spontan di tempat tumpuan orang ramai. Tinjauan dilakukan di sekitar Lembah Kelang dan Cyberjaya.
Hasil dapatan tinjauan mungkin tidak mewakili dengan tepat aspirasi ibubapa Islam di seluruh Malaysia memandangkan jumlah ibubapa yang disoal selidik adalah rendah iaitu hanya seramai 105 orang. Tambahan pula, lokasi pemberi maklum balas adalah tidak luas, terhad kepada Lembah Kelang dan Cyberjaya sahaja. Tinjauan juga tidak melibatkan penduduk luar bandar, serta bandar-bandar lain di Malaysia.
Bagaimanapun, ia mungkin boleh menjadi bahan rujukan berguna.
Tidak mustahil, kecenderungan rendah di kalangan ibubapa memilih profesion agamawan dan pendakwah, salah satu sebabnya ada kaitan dengan berita seperti di bawah:
Berita Pandemik Seks Puak Lebai /Agamawan /Pendakwah
FMT melaporkan hari ini pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin, lapor Berita Harian.
Azman didakwa atas tiga tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara 3 pagi hingga 5 pagi.
Dia juga didakwa atas dua tuduhan melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi mangsa berusia 16 tahun 10 bulan pada 6 Julai 2022, antara 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Feb 2022, antara kira-kira 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan.
Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 8 Disember ini.
Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.
Comments
Post a Comment