Wajib bayar RM7 tapi kena bayar RM10

 Permadu Malaysia telah menerima maklum balas dari penduduk Johor Bahru yang beragama Islam mengenai isu kurang manis pembayaran zakat fitrah di masjid yang terus berulang dari tahun ke tahun.

Dari segi pengkategorian pembayaran zakat fitrah yang ditetapkan di negeri Johor, sebanyak RM7 seorang perlu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah, mungkin termasuk kumpulan B40 (merujuk kepada jenis beras campur berkualiti rendah sebagai makanan harian). 

Satu kategori lagi perlu membayar zakat fitrah sebanyak RM10 seorang, golongan berpendapatan lebih tinggi (juga merujuk kepada jenis beras berkualiti tinggi sebagai makanan harian).

Beberapa orang pembayar zakat fitrah yang tergolong dalam kumpulan B40 menzahirkan rasa agak kecewa kerana mereka seakan-akan secara tidak langsung dipaksa membayar RM10 seorang walaupun jumlah yang wajib adalah RM7.

Alasan yang diberi pihak amil (pemungut zakat) adalah stereotyped iaitu resit RM7 sudah habis.

Seorang pembayar zakat yang keluarganya berjumlah 7 orang sepatutnya hanya perlu membayar 7 X RM7 = RM49. Oleh kerana resit RM7 sudah habis, maka dia terpaksa membayar 7 X RM10 = RM70. Amaun RM21 lebih tinggi dari sepatutnya adalah amat membebankan golongan berpendapatan rendah serta berunsur menzalimi rakyat susah.

Seorang pembayar zakat kategori B40 yang ditemui di sebuah masjid di Johor Bahru memberitahu Permadu Malaysia beliau enggan membayar RM10 seorang untuk 5 orang tanggungannya apabila dimaklumkan oleh amil bertugas resit RM7 sudah habis.

Bagaimanapun, amil tersebut memanggilnya semula dan membenarkannya membayar 5 X RM7 = RM35. Selepas membayar dan membaca niat, amil itu memberinya 3 keping resit RM10 yang membawa jumlah RM30. Sedangkan beliau membayar RM35. Ini bermakna RM5 adalah pembayaran tanpa resit.

Adalah penting golongan agamawan menunjukkan tauladan baik kepada orang awam supaya mereka tidak dilihat kurang berintegriti.

"Urusan bayar zakat fitrah dah jadi macam bisnes cari untung pulak ya," kata seorang pembayar zakat fitrah sambil ketawa, kemudian berlalu meninggalkan masjid.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Pasukan Penulis Berita Permadu

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah