"Kalau tak nak kena tangkap khalwat, duduk hotel 5-Star"

Kawan saya yang agak playboy dan sering membawa kekasih gelapnya ke sana sini berbisik kepada saya: "Kalau tak nak kena tangkap khalwat, duduk hotel 5-Star".

Gambar Utusan Malaysia

Pasangan Tukang Masak hanya ingin berehat dalam bilik hotel selepas penat memasak di dapur

🖕 Betul ke?🖕

Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir, Melaka semalam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekup selepas gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

Lelaki berusia 40-an dan pasangannya 20-an dicekup dalam operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 1.30 pagi kelmarin.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengakui telah berkahwin, namun tinggal berjauhan dengan si isteri sejak dua tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak.

“Pasangan kekasih itu mendakwa mereka bekerja sebagai cef di hotel di Melaka dan menginap untuk berehat.

“Lelaki berkenaan bagaimanapun mengakui telah berkahwin tetapi isterinya menetap dan bekerja di Selangor bersama-sama tiga orang anak mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Che Sukri memberitahu, pasangan itu juga mengakui telah menjalinkan hubungan sulit sejak setahun yang lalu dan kerap menginap bersama.

“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki tersebut yang merupakan suami orang. Pasangan ini kita berjaya cekup selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?