Ahli politik Pahang pertikai pandangan Rafizi
Rafizi semakin dangkal dan dijangka rebah
"Rafizi ni batu api, pertama sekali dia nak Datuk Seri Najib dan Muhyiddin bergaduh, itu biasalah, strategi dia.
"Komen ni komen orang politik, ada sebabnya, dia nak mengapi-apikan atau dia orang nak laga-lagakan, itu hak dia lah, dia nak komen apa, tapi sebenarnya dia cuma nak pergeseran itu bertambah lagi hebat, lagi meriah," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pendaftaran ahli UMNO di Kuantan, semalam.
Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ayuh Malaysia? Ya ke?
Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Biro Pendaftaran dan Keahlian UMNO Pahang berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dibuat Rafizi ketika melancarkan kempen Ayuh Malaysia di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Rafizi dilaporkan berkata, populariti Najib banyak dipengaruhi kempen 'Bossku' dan penguasaan di media sosial, namun ia masih gagal mengatasi populariti Muhyiddin.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan UMNO akan menggunakan aura 'Bossku' dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas kejayaan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, Wan Rosdy berkata kejayaan diperoleh adalah hasil kerjasama semua pihak.
Kejayaan berpasukan
"Ini adalah kejayaan bersama. Seperti mana saya katakan tadi, untuk kita memenangi sesuatu peperangan - kita analogikan sebagai peperangan - tidak mungkin ada 'one man show', cuma 'pemberat' itu lebih sikitlah.
"Macam Datuk (Seri) Najib, Datuk Hasni sendiri (PRN Johor), Datuk Seri Sulaiman Md Ali (PRN Melaka), semuanya memainkan peranan masing-masing, ia adalah kerja satu pasukan," katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Comments
Post a Comment