Sabbaruddin Chik meninggal dunia
Berita Harian melaporkan bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebentar tadi.
Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin, 80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.
"Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.
"Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.
Ismail Sabri sebelum ini pernah menyifatkan Sabbaruddin Chik yang pernah menjadi ahli parlimen Temerloh itu sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya.
End©Permadu
| Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh Penulis Berita Permadu Malaysia |
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel permadu@gmail.com
DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment