Setelah 7 tahun bergelar ibu single, Liza Abdullah sudah bersedia untuk dilamar

 Liza Abdullah

Tidak tolak


J O D O H

TUJUH tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu tempoh masa yang singkat buat pelakon Liza Abdullah, demikian menurut laporan Harian Metro.

Bohong jika pelakon berusia 56 tahun ini tidak mahu berkahwin lagi untuk mencari seseorang yang dapat menemani hari depannya. 

Bagaimanapun, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah realistik bahawa soal jodoh  dan maut adalah ketentuan Allah SWT.


"Kahwin adalah kerja Allah dan siapa yang tak nak kahwin kan! Kalau kita perhatikan, kebanyakan artis senior kita pada penghujung usianya hidup berseorangan.

"Kalau ditanya berkenaan jodoh, kita tidak boleh menidakkan jodoh yang datang. Kalau Allah kata pengakhiran hidup saya akan solo selama-lamanya saya akan terima.

"Namun jika Allah hadirkan seseorang saya akan tengok terlebih dahulu samada boleh terima atau tidak," katanya yang bercerai dengan bekas suami, Zolkifli Abdul Rahman pada 2014.


Menurut Liza, ada ketika terdetik dihatinya menyukai seseorang, namun tidak diizinkan Allah atas sebab-sebab tertentu.

"Tak dinafikan saya ada juga kenal dengan beberapa orang lelaki tapi sekadar untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dahulu.

"Kalau saya bercakap, mungkin isu ini agak sensitif mengenai soal bermadu atau poligami. Saya bukan nak mengata kerana bimbang nanti mereka yang anti poligami cari saya.

BERSAMA Nora Shamsuddin pada majlis berbuka puasa yang diadakan.
BERSAMA Nora Shamsuddin pada majlis berbuka puasa yang diadakan.

"Sebenarnya sejak saya muda remaja, siapa yang nak kahwin dengan suami orang atau berkawan dengan kekasih orang. Saya tak berniat pun tapi itulah datangnya ujian dalam hidup kita," katanya.

Liza yang popular menerusi watak Mak Leha dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku mengakui, sekiranya ditakdirkan dia bergelar isteri keempat, dia perlu menerimanya dengan hati terbuka.

"Dalam keadaan umur sekarang, saya rasa bukan tiada pilihan. Apa yang penting saya nak yang terbaik dalam hidup.

"Kita diuji dengan macam-macam. Ada yang jadi nombor satu pun belum tentu bahagia. Kalau sudah takdir jadi bini nombor empat maka takdirlah.

Pilihan Allah

"Mungkin saya bercakap begini tapi kesudahannya tak kahwin juga. Tapi jika Allah hadirkan, saya selalu minta agar itu ialah pilihan Allah.

"Sebenarnya jodoh ialah pilihan kita. Kalau kita tengok sejak awal lagi ada masalah, kenapa nak terima juga," katanya.

Liza yang mendirikan rumah tangga pada 1988 dan mempunyai empat anak berkata, semua anak semakin membesar dan akan mempunyai keluarga sendiri nanti.


"Anak yang kita besarkan tidak selama-lamanya akan duduk atau tidur dengan kita. Mereka boleh teman kita, jaga kita tapi mereka juga ada kehidupan sendiri nanti.

"Saya rasa tak boleh terima jika ada yang kata orang tua 'getik' terhadap golongan berusia yang bercinta. Saya tak pernah menidakkan jodoh orang usia 70 atau 80 tahun.

"Kerja kita memanglah hiburkan orang. Bohonglah jika saya tak rasa sunyi. Ada masa-masanya kita akan kesunyian. Untuk hilangkan rasa sunyi itu, saya sibukkan diri dengan bekerja," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 40 artis veteran anjuran penerbit filem, Datin Seri Nora Shamsuddin dan rakan kongsinya Datuk Rosli Yang Daniyan, Ramadan lalu.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim