Dr Ridhuan Tee tegur Siti Nurhaliza guna nama Ustaz tutup kesilapan sendiri – Siti dakwa dapat pahala berganda-ganda
Seorang lagi
SEORANG tokoh akademik dan pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan status seorang artis ternama yang memberitahu dirinya menerima pahala berganda-ganda dalam 10 malam terakhir Ramadan kerana kononnya berdepan dengan dugaan, demikian menurut laporan Mynewshub.
Walaupun tidak menyebut nama, namun teguran itu secara tepat dan jelas ditujukan kepada status yang dimuat naik penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?
Ustaz mana kata dapat pahala berganda?
“Ustaz mana artis ni rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk bertanya lanjut,” soal beliau di akaun Facebook miliknya kelmarin.
Budaya guna agama cover diri
Menurut Ridhuan lagi, budaya menggunakan nama ahli agama untuk ‘cover diri’ adalah sesuatu yang tidak molek.
“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz,” katanya.
Ujar beliau, orang lain melahirkan anak juga, tetapi tidak seriuh artis itu.
Jelas beliau, dugaan yang dicipta sendiri berbeza dengan dugaan sebenar.
Siti Nurhaliza baru-baru ini mendapat kecaman majoriti masyarakat apabila menganjurkan majlis tahnik anaknya yang baru lahir.
Majlis dihadiri ustaz-ustaz ternama dan menteri
Majlis berkenaan yang dihadiri menteri dan ustaz-ustaz ternama dihurung kontroversi seperti isu pelanggaran SOP dan persoalan merentas sempadan negeri oleh sebahagian hadirin.
Kluster kayangan bolehlah langgar SOP PKP
Situasi itu menimbulkan rasa sakit hati sebahagian besar masyarakat yang tidak berpeluang untuk bertemu orang tersayang sedangkan kluster kayangan seperti Siti Nurhaliza didakwa bebas berbuat apa sahaja tanpa dikenakan tindakan.
Mungkin disebabkan marah atau frust diserang bertalu-talu oleh netizen, Siti kemudian memuat naik status berikut di media sosialnya:
Antara ziarah ibu bapa dan penuhi undangan artis
Tambah Ridhuan, beliau sependapat dengan pandangan Mufti Perlis yang dalam kiasnya mempersoalkan keutamaan antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.
“Dalam Islam kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan,” katanya.
Comments
Post a Comment