Cium dan raba isteri kawan hanya rekaan, kata bekas ADUN Terengganu

 Ahli politik Pantai Timur nafi

Sebaliknya, dia mendakwa kena tumbuk dan dibaling pasu bunga

Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu menafikan dia terlibat dalam kes cabul isteri rakan yang tular baru-baru ini, lapor Perak Insights hari ini, yang memetik berita dari AA (dipercayai Astro Awani).

Menurut laporan itu, bekas ADUN Air Putih, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, 51, tampil menafikan dakwaan tersebut susulan laporan polis yang dibuat rakannya itu pada 16 Mac lalu.

Sebaliknya, dakwa Wan Ahmad Nizam, laporan dibuat pasangan suami isteri yang tinggal di Taman Melawati, Ampang itu hanya rekaan semata-mata dan bertujuan menjatuhkan reputasi serta mengaibkan dirinya.

Tegas Wan Ahmad Nizam yang juga bekas Naib Ketua UMNO Kemaman itu kepada laporan akhbar Utusan Malaysia, beliau dan isteri tidak pernah bermalam di rumah pasangan terbabit kerana mempunyai kediaman di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, tambahnya, beliau sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku susulan ugutan awal yang diterimanya daripada rakan baiknya itu pada Ahad lalu.

Mendedahkan kepada media, Wan Ahmad Nizam mendakwa rakannya itu mempunyai hutang berjumlah RM200,000 dengannya, namun akibat gagal melunaskannya, persahabatan mereka menjadi renggang sejak September tahun lalu.

"Ahad lalu, kira-kira jam 4 petang, dia bersama isteri datang ke rumah saya di Geliga, dan katanya untuk berbincang tentang hutang.

“Tetapi tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepala serta badan dibaling dengan pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tidak boleh bangun, sebelum dia berlalu pergi.

“Saya maklumkan padanya akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang boleh memalukan saya.

“Tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya,” jelasnya.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Chukai sebelum rakannya itu berjaya ditahan polis di Ampang, Selangor pada Jumaat.

Rakannya itu bagaimanapun dibenar diikat jamin.

Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, mengesahkan laporan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Wan Ahmad Nizam menjelaskan bahawa beliau menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung dakwaan cabul itu. 


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?