IMAM MASJID TEMERLOH MENIARAP ATAS MEJA SNUKER?
INI bukan cerita baharu. Cerita ini dipetik dari syarahan agama yang disiarkan sebuah stesen radio milik kerajaan.
Menurut ustaz yang menyampaikan syarahan, ini adalah kisah benar yang berlaku mengaitkan seorang imam sebuah masjid utama di daerah Temerloh, Pahang.
Telah berlaku lebih lima tahun yang lalu.
Alkisah, ada seorang graduan muda dari sebuah universiti di Timur Tengah dilantik sebagai Imam di sebuah masjid utama di Temerloh, titik tengah Semenanjung Malaysia.
Seperti anak muda yang lain, Imam muda ini mempunyai aktiviti masa lapang sendiri selepas waktu bertugas di masjid.
Selain berjogging, salah satu kegiatan kegemarannya ialah bermain snuker sebagai amalan riadah.
Di kalangan masyarakat Temerloh dan Malaysia, ada yang memandang serong terhadap permainan snuker kerana ia sering dikaitkan dengan judi.
Difahamkan Imam yang masih muda itu tidak terlibat sama sekali dengan judi selain hanya suka bermain snuker.
Tanpa disedari, hobi bermain snuker Imam muda tadi telah menarik perhatian golongan agamawan setempat dan mereka terus memerhati dan memantau pergerakan dan tingkah laku personaliti pemimpin solat berjemaah itu.
Malah ada yang sanggup menjadi spy dengan turut berada di pusat snuker ketika Imam muda sedang bermain snuker.
Dalam satu adegan menarik, Imam muda terlihat meniarap di atas meja snuker untuk membuat pukulan tepat bagi memastikan bola betul-betul masuk ke dalam lubang yang disediakan.
Pada ketika itulah spy mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit. Ia tidak terhenti di situ sahaja. Agamawan yang mempunyai skill seperti James Bond itu membuat hantaran di Facebook.
Dalam masa singkat, ia menjadi tular di peringkat golongan agamawan daerah dan negeri. Rata-rata memandang aksi meniarap tersebut sebagai kurang bermoral mengambil kira jawatan berprestij yang dipegang anak muda itu.
Tambahan pula, jawatan Imam di masjid utama di daerah Temerloh telah menjadi idaman dan igauan golongan berkenaan. Sesiapa yang terkhilaf boleh hilang jawatan.
Mungkin juga ada permainan politik dalam masjid.
Akhirnya, Imam muda tersebut meletak jawatan. Tidak pasti, samada secara sukarela, dipaksa atau dipecat.
Begitulah alkisah yang dipetik dan diadaptasi dari syarahan agama di sebuah stesen radio. Kisah benar ini bukan baru terjadi.
Salam Tuan... Ceramah dari ustaz mana tuu... Boleh share? Kesian pulak kat imam tu 😓
ReplyDeleteWaalaikumussalam Tuan Saiful.
DeletePejabat Permadu Malaysia tidak merekodkan nama Ustaz yang menyampaikan syarahan.
Artikel ini disiarkan atas kepercayaan terhadap kewibawaan stesen radio. Ianya juga mengandungi mesej tersirat yang boleh dijadikan bahan percambahan minda.
Terima kasih di atas keprihatinan tuan.
facebook,com
ReplyDelete