DUN JOHOR LEBIH MATANG, PROFESIONAL DAN FOKUS BERBANDING PARLIMEN MALAYSIA YANG KUSUT MASAI

 Contohilah kematangan dan keprofesionalan Johor

Menteri Besar Johor Datuk IR Hasni Mohammad (kanan); di sebelah beliau ialah bekas MB Johor Datuk Mohamad Khaled Nordin (Gambar Astro Awani)

KALAU diperhatikan betul-betul, kebanyakan ahli politik yang banyak buat kecoh di Johor dengan pelbagai rasa tidak puas hati adalah terdiri dari mereka yang kalah dalam PRU14 pada 2018 yang lalu.

Dengan lain kata, para individu yang ditolak rakyat. Pandangan mereka ini menjurus kepada rasa dengki antara satu sama lain. Tak kira samada sesama dalam parti atau tidak.

Di sebalik rasa tidak berpuas hati dengan macam-macam pandangan, perjalanan politik dalam negeri Johor rupanya tenang, profesional, matang, dinamik, progresif dan menjurus kepada fokus terhadap kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Suhaizan Kaiat, Speaker DUN Johor (Gambar JohorKini)

Suhaizan Kaiat, bekas pemimpin pemuda PAS dari Johor yang kemudiannya bersama Mohamad Sabu dan rakan-rakan lain menubuhkan Amanah. Kumpulan ini pernah dikenali sebagai Anwarinas atau progresif dalam PAS.

Mereka juga pernah dilihat seperti serpihan PAS. Tapi nampaknya mereka lebih berwibawa dari PAS atau sekurang-kurangnya setanding dengan Parti Islam Se-Malaysia itu sendiri.

Sejak PH menang dalam PRU14 pada Mei 2018 dan gabungan itu membentuk kerajaan negeri, Suhaizan yang merupakan ADUN telah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Dalam tulisan terbarunya yang turut disiarkan Malaysiakini, Suhaizan melihat DUN Johor sedang berada di landasan yang betul. Ini berbanding Parlimen Malaysia yang selalu kecoh, melambangkan kebodohan hampir semua ahli parlimen yang seolah-olah tidak serius dengan permasalahan rakyat.

Kita ikuti tulisan Suhaizan Kaiat seperti berikut:

SIDANG Dewan Johor melabuhkan tirainya kelmarin. Mereka yang berpeluang mengikuti secara dekat persidangan Dewan Johor akan merasa pelik. Dewan Johor telah berubah 360 darjah selepas pandemik Covid-19. 

Fokus masalah rakyat

Dewan berjalan lancar. Pihak kerajaan dan pembangkang masing-masing memfokus masalah rakyat yang sedang menghadapi kesan pandemik Covid-19. 

Tiada kata-kata kesat, tiada pertembungan serius dan tiada tuduhan liar.

MB dari PN, Speaker pula dari pembangkang

Lebih unik lagi kerajaan Johor dipimpin oleh Menteri Besar daripada Umno-PN. Dewan Johor diketuai speaker daripada pembangkang Amanah-PH. 

Hanya di Johor sahaja speaker yang dilantik oleh kerajaan PH disambung perkhidmatannya oleh kerajaan PN atau ringkasnya speaker dua kerajaan.

Suasana sidang Dewan Johor sangat harmoni tidak sepanas parlimen. Adun daripada kedua-dua pihak membangkitkan isu yang sama dan berusaha bersungguh-sungguh mencari penyelesaian masalah rakyat Johor seperti isu pembukaan tambak Johor, kuarantin, perumahan, pembuangan pekerja, jurang digital, pertanian rakyat, wanita dan anak muda. 

Pembangkang di Johor sangat berjiwa besar walaupun Pt Yaani, Kota Iskandar, Jementah, Bukit Batu, Semerah, Johor Jaya, Bekok, Paloh dan Skudai adalah bekas exco Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui langkah Sheraton tetapi mereka tidak sekalipun menyerang secara membabi buta kerajaan PN Johor. 

Mereka sangat profesional serta prihatin terhadap rakyat Johor yang dalam kesusahan dan tidak mahu polemik politik menambah masalah kepada rakyat.

Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang Dewan Johor sangat berbeza dengan perdana menteri dan ketua pembangkang di parlimen.

MB Johor gentleman

Menteri Besar Johor bersikap gentleman dengan memenuhi sebahagian cadangan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang. 

Menteri Besar menganggap pembangkang sebagai rakan strategik bukannya lawan, jauh sekali menganggap musuh. 

Saya sempat menegur Seri Medan-PN yang masih menggunakan perkataan musuh dalam perbahasannya. 

Johor terokai politik baru

Kerajaan memberikan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang, bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Pilihan, mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan agar menjadikan Adun pembangkang sebagai ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tindakkan dan Pembangunan Daerah (JTPD), menyediakan 10 orang pegawai penyelidik untuk Dewan Johor dan memberikan lebih pengiktirafan kepada ketua pembangkang.

Dewan Johor yang penuh tertib sebagai menjunjung titah Tuanku Sultan Johor diserikan dengan jati diri orang Johor seperti digambarkan oleh Allahyarham Usman Awang:

Berkelahilah cara Melayu,

Menikam dengan pantun,

Menyanggah dengan senyuman,

Marahnya dalam tawa,

Merendah bukan menyembah,

Meninggi bukan melonjak,

Watak Melayu menolak permusuhan,

Jiwa Melayu mengangkat persahabatan.

Johor teroka politik baharu

Johor telah menerokai politik baru yang strategik sesuai dengan budaya Johor yang ditanam sejak berkurun lamanya. Kepentingan rakyat diutamakan. Jika negeri Perak baru mencuba-cuba untuk membentuk gabungan baharu dalam kerajaan, Johor telah pun memulakan langkah lebih awal.

Berinspirasikan Muafakat Membawa Berkat, pakatan strategik kerajaan dan pembangkang ini mampu memberikan impak yang positif kepada rakyat negeri Johor.


Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim