ISTERI MENANTU ZAHID HAMIDI KEMBALI KE RAHMATULLAH

 Berakhirnya kemesraan dua madu


Salam takziah dari Permadu

Anak perempuan Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan takziah di atas pemergian Bahazanaria Baharudin yang meninggal dunia hari ini akibat penyakit barah.

"Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, Nurul Hidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, telah pulang ke Rahmatullah.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

"Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin," Malaysiakini memetik Nurul Hidayah sebagai berkata melalui satu hantaran Instagram pagi tadi.

Allahyarham Bahazanaria yang digelarnya Nurul Hidayah sebagai Kak Nana berusia 50 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi pagi ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap empat sejak Ogos lalu.

Sementara itu, Nurul dalam satu hantaran Instagram yang berasingan memohon maaf kerana merahsiakan kesihatan Kak Nana.

"Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat sekitar Ogos selepas Hari Raya Haji.

"Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.

"Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangat saya. Kakak datang meminang dan minta saya dari abah dan mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.

"Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul (Saiful) marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumahtangga,"

"I miss you already (Saya sudah pun merindui kamu). Everything seems so empty. (Nampaknya, semua sudah sunyi) Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu," tambahnya lagi.



oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri