KEJUTAN KERAMAT PRESIDEN MIC


SA Vickneswaran, presiden MIC

PRESIDEN MIC telah mengemukakan cadangan yang agak memeranjatkan, tetapi bernas, praktikal dan harga setiap ahli parlimen untuk dijual beli jatuh merudum menjadi kosong.

SA Vigneswaran hari ini mencadangkan prorogasi parlimen dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan memerangi pandemik  Covid-19.

Ianya juga akan membantu kerajaan menghidupkan semula ekonomi seterusnya membawa ke arah kestabilan politik, demikian FMT melaporkan dalam bahasa Inggeris, SA Vickneswaran sebagai berkata.

Beliau merujuk Artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “Yang di-Pertuan Agong boleh memprorogasi atau membubarkan Parlimen.”

Vigneswaran berkata prorogasi (penggantungan) Parlimen adalah "pertaruhan negara paling selamat bagi memelihara perintah awam, nyawa ekonomi dan kestabilan politik”.

Bekas presiden Dewan Negara itu menambah: “Ketika perlaksanaan prorogasi, sidang parlimen ditangguhkan dan hal ehwal negara akan secara berterusan diuruskan dan ditadbir oleh kerajaan semasa.”

Beliau berkata ini adalah antara opsyen yang lebih baik di tengah-tengah suasana politik yang tidak stabil seperti sekarang. Mengadakan pilihanraya sekarang adalah tidak baik memandangkan jumlah kes Covid-19 akan meningkat, kata Vickneswaran bernada memberi amaran, merujuk kepada apa yang berlaku selepas pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini yang menyaksikan lonjakan jangkitan wabak itu.

Menggantung Parlimen, katanya, merupakan penyelesaian terbaik untuk pihak berkuasa menghadapi pandemik Covid-19 sambil memastikan tiada "pergolakan politik".

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "pergolakan politik".

Ianya mungkin ada kaitan dengan isu semalam di mana presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong mengenai dakwaan sokongan majoriti ahli Parlimen terhadapnya untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Vigneswaran berkata: “Prorogasi Parlimen boleh ditamatkan apabila pihak berkuasa kesihatan mengesahkan pandemik sudah menurun dan terkawal, dengan lain kata, suasana yang benar-benar selamat untuk mengadakan pilihanraya.

“Oleh itu, perlu diingat bahawa ini pertama kali negara kita berhadapan dengan masalah penularan wabak sedunia yang beterusan sejak awal 2020 yang telah memakan banyak nyawa serta mengancam kehidupan rakyat di tahap yang menakutkan, jadi sudah tiba masanya kita melaksanakan satu jalan penyelesaian bersejarah.”


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Kejutan Keramat apanya ?
    Parlimen UK juga telah digantung oleh Ratu Elizabeth tahun lepas (2019) berhubung dgn pertikaian pendapat - samada terus atau keluar dari EU.

    Canada juga pernah menggantung Parlimennya

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?