Fauzi Abdul Kadir's Permadu Media's official blog.
Permadu is a brand of business and this blog is financed by Permadu Harmony Bersepadu.
Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
MAT SENTOL SUKA JALAN KAKI
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Stamina Mat Sentol setanding Dr Mahathir
Ada banyak idea, kini sedang menulis skrip filem
Mat Sentol ialah pelakon, pengarah filem, pelawak, penyanyi, pelukis, pencipta lagu dan penulis lirik.
USIANYA menginjak 87 tahun, namun Abd Rashid Yahaya, pelakon veteran yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol masih sihat, demikian menurut wartawan Berita Harian yang melakukan kunjungan di kediamannya di Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut rekod agensi berita rasmi Malaysia Bernama, nama sebenar Mat Sentol ialah Abdul Rasip Yahya, kini berusia 94 tahun.
Pelakon yang popular dengan filem Mat Tiga Suku pada 1967, mesra dengan panggilan Pak Mat juga tidak menderita sebarang penyakit kronik.
Mat Sentol berkata, beliau gemar memakan sayuran dan tidak suka mengambil makanan segera.
Katanya, selain pemakanan yang baik dan dijaga rapi, insan lagenda ini juga gemar berjalan kaki untuk ke satu-satu lokasi.
"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya memang suka berjalan kaki. Malah berjalan kaki untuk ke satu-satu tempat berurusan berdekatan Larkin berbanding menaiki kenderaan.
"Sekarang sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) duduk di rumah saja, tetapi setiap hari akan pusing keliling rumah berjalan kaki.
"Saya sihat, tidak ada penyakit, mata pun masih nampak lagi", katanya ketika ditemui Berita Harian di kediamannya di Larkin, Johor Bahru.
Mat Sentol tinggal bersama isterinya, Jamilah Kasri, 71, dan dua anak lelaki yang menjaga segala kebajikan mereka berdua iaitu, Roslee Rashid, 58 dan Roswan Abd Rashid, 37.
Tidak pernah lekang dengan lawak spontannya Mat Sentol berkata, beliau meneruskan aktiviti penulisan skrip.
"Ada buat skrip macam-macam ...tak boleh beritahu, rahsia. Selain buat skrip tangan letak tongkat dagu...termenung (ketawa).
"Sukalah ada artis muda melawat, besar hati bila mereka hendak datang di rumah saya.
"Sihat tetapi umur macam ini kadang-kadang tidak kuat, umur sudah 87. Kalau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad orang nampak cakap macam adik-beradik", katanya berseloroh.
Tiga tahun lalu, pada 5 April 2017, Bernama pernah membuat liputan mengenai kehebatan legasi Mat Sentol.
Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, mengakui dirinya bukan sahaja seorang pelakon komedi dan pengarah filem 1950-an hingga 1970-an, malah perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
Mat Sentol, 91 (tahun 2017), yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman memiliki pengalaman luas dalam penghasilan teknik kesan khas menerusi filem arahannya, berkata beliau bersedia untuk berkongsi kebolehannya itu dengan pembuat filem pada masa kini.
Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai pengalamannya dalam dunia perfileman pada Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), di Kuala Lumpur.
Mat Sentol berkata tidak ramai yang mengetahui kebolehannya itu dan beliau sanggup berkongsi ilmu mengenai kebolehan tersebut dengan mereka yang berminat.
Pada majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) dengan kerjasama Finas, Mat Sentol turut dianugerahkan dengan gelaran "Bintang Lagenda" dan Ahli Kehormat CCIG sebagai penghargaan kepada bakat seni yang dimiliki pelakon veteran itu semasa hayatnya.
Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Salleh Said Keruak.
Sementara itu, Pengerusi CCIG Jurey Latiff Rosli berkata Mat Sentol sememangnya layak menerima gelaran Bapa Kesan Khas filem Melayu, ini berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas filem lakonan dan arahannya sejak tahun 1950-an hingga 1970-an.
"Kami mengagumi kreativiti dan kebolehan Mat Sentol dalam menghasilkan kesan khas menerusi filemnya seperti Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Raja Kapor.
"Kebolehan beliau ketika itu melampaui masa iaitu beliau menggunakan kesan khas dengan mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya walaupun pada masa itu ia dihasilkan secara manual," menurut Jurey.
Katanya, selain kebolehan itu, Mat Sentol juga berbakat dalam bidang animasi dan penulisan skrip drama dan filem.
Jurey yang juga Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkata, kebolehan dan hasil kerja yang ditunjukkan Mat Sentol itu boleh melayakkan beliau mendapat anugerah ijazah kehormat yang setaraf Doktor Falsafah (PhD).
"Saya telah berbincang dengan pihak CCIG dan akan membawa cadangan ini dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Aswara pada minggu depan (tahun 2017) bagi mengiktiraf dan memberikan anugerah tertinggi ini kepada Mat Sentol pada masa hadapan," katanya.
Mat Sentol memulakan kerjayanya sebagai guru lukis di sebuah sekolah Cina di Singapura dan membabitkan diri dalam bidang perfileman pada tahun 1950-an.
Selain berlakon dan menjadi pengarah filem di Cathay-Keris Film Productions, Singapura, beliau juga menulis lirik dan mencipta lagu.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara hubungi kami +6011 1185 9874 atau permadu@gmail.com gambar dan sokongan teknikal Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV
Ramai sangat yang bercakap bagi pihak Sultan Pahang. Entah ya entah tidak. Biar Sultan Pahang sendiri yang bertitah memperjelas perkara sebenar. Mencampur aduk politik dan sistem perundangan sangat merbahaya dan boleh menghancurkan negara selain menghakis keyakinan rakyat terhadap pemerintah. Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan terus berlaku. Sudah menjadi rahsia terbuka, persepsi rakyat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes prima facie melibatkan 47 pertuduhan melalui DNAA. Pada masa sama, Anwar kata dia tidak pernah campur perihal sistem kehakiman di negara ini. Rakyat berhak untuk mempercayainya atau sebaliknya. Adakah hanya musuh politik yang kena itu satu kebetulan? Apapun, janganlah kita hanya pandai menyalahkan Anwar sahaja kerana hampir semua perdana menteri terdahulu melakukan perkara yang serupa. Terbaharu, isu titah addendum yang menjurus bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini se...
Selamat menyertai Kelab Agamawan Problematik Nampaknya seorang lagi tokoh agamawan, pendakwah, penceramah motivasi keagamaan dan ilmuwan agama kelihatan terjebak di arena kontroversi berkaitan perlanggaran undang-undang negara yang serius. Jika sabit kesalahan, membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara. Bagaimanapun, ini baru di peringkat siasatan. Oleh itu, ikutilah perkembangannya tanpa prejudis. Itulah Datuk Dr Mashitah Ibrahim ( gambar, atas ), bekas menteri dari Barisan Nasional, pernah menjadi ahli Parlimen Baling, Kedah. Kepopularan Mashitah bermula di era 80an apabila sering muncul menjadi panel penceramah agama dalam rancangan TV Forum Perdana terbitan RTM serta lain-lain program ketika itu. Kegemilangan Mashitah berada di puncak selepas dilamar kerajaan memerintah, seterusnya bertanding di pilihan raya, menang menjadi ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri. Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ...
While Malaysian prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is on an official visit to Italy, Spain and Brazil to attend the BRICS summit, his own Peoples’ Justice Party (PKR) is in rapid collapse at home. News is emerging from chat groups and pundits there are mass branch resignations of members across more than 200 branches nationwide. Some branches just don’t exist anymore. The party vote for deputy president, where Puan Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim’s daughter challenged incumbent Rafizi Ramli, who was minister of economy until he resigned a few weeks ago showed that some 16,000 members out of 30,000 eligible, did not even bother to vote in this nationally publicized dual. This just indicates the level of apathy within PKR itself, with such an important event for the future of the party. PKR has gradually been losing electoral support since 2013. In the 2014 general election PKR received 20.39 percent of the national aggregate vote, and in 2022 PKR only received 15.72 percent of the...
Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam (KPK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Senyuman Boss semanis cukai Penafian semata-mata sambil meminta orang ramai percaya adalah tidak memadai, SPRM wajar siasat juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan hantaran tular yang mendakwa Ketua Pengarah Kastam (KPK), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini, media tempatan melaporkan semalam. JKDM yang dipercayai berada di bawah kawalan Anis Rizana sendiri, menerusi kenyataan memaklumkan dakwaan itu turut menyatakan KPK Anis Rizana bercuti bersama keluarga dengan menaiki penerbangan kelas perniagaan. Menurutnya, JKDM ingin membuat penafian terhadap tohmahan dan fitnah tidak berasas yang telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu. "Dimaklumkan bahawa pengambilan cuti KPK selama dua hari, iaitu pada 30 Oktober 2024 dan 1 November 2024 telah diluluskan Datuk Ketua Seti...
Di waktu diberitakan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima rawatan di sebuah hospital semalam, selepas pengsan dan tidak sedar, timbul pula pengedaran aktif banyak kali berita seperti di atas di media sosial menerusi platform WhatsApp. Ismail Sabri dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada tengah malam kelmarin. Gambar fail BERNAMA Tidak mustahil ada pihak sengaja memprovokasi dan mengeksploitasi perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu dengan kisah yang memperlihatkan ciri-ciri amalan rasuah. Namun bukan juga ini bermakna berita itu tidak benar. Mungkin juga ia benar-benar berlaku. Timbul juga tanda tanya, sebagai ahli parlimen biasa, adakah beliau masih mempunyai setiausaha politik? Kita tunggu maklum balas dari pihak berkenaan serta laporan rasmi dari media selepas ini. Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya. Terdahulu, media melaporkan Ismail ...
Perkasa lapor polis kerana bimbang berita Yang di-Pertuan Agong pegang 22.3% saham U Mobile mungkin maklumat palsu Ada andaian mengatakan tindakan sebuah NGO Melayu membuat laporan polis berkaitan isu 5G yang sedang hangat diperkatakan sebagai satu sindiran padu terhadap Raja-Raja Melayu yang aktif terlibat dalam perniagaan. Bagaimanapun, berdasarkan penjelasan pemimpin NGO itu, mereka sekadar ingin memecah kekeliruan untuk mendapatkan maklumat sebenar sambil menegaskan pendirian selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di negara ini yang tidak membenarkan Raja-Raja Melayu aktif terlibat dalam perusahaan komersial. Semalam, Rabu 6 November 2024, media melaporkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membuat laporan polis berkaitan laporan media bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mempunyai saham dalam U Mobile yang dilantik sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. Menurut Malaysiakini pula, Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Tuan Syed Hasan Syed Ali berkata beliau mem...
Ya ng di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara hari ini. GAMBAR BERNAMA Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan daripada penerima yang terbabit jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah, agensi berita rasmi negara, Bernama melaporkan. Banduan dan mereka yang dihukum mahkamah, mencemar nama baik Malaysia, gelaran mereka akan ditarik balik Baginda bertitah, setiap penerima yang sudah dipilih seharusnya bersifat jujur dan amanah kepada pemerintah, menjaga tingkah laku dan tidak terbabit dalam kegiatan rasuah serta sebarang kesalahan jenayah. "Sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan dihukum oleh mahkamah, maka segala darjah dan pingat ...
BEGITULAH RESAM DUNIA Mereka membisu dipercayai untuk menyelamatkan diri masing-masing. Adakah dia menjadi kambing hitam Kumpulan Tebuk Atap para individu pelbagai parti? Tunggulah PRU akan datang. Hassan Karim pun pernah berkata Ismail Sabri pemimpin hebat. Salah satu jasa dia ialah campur tangan beri pilihan kepada pengguna membayar tol di lebuh raya. Kalau tidak, semua orang kena beli dan pakai RFID. Selepas UMNO, Barisan Nasional (BN) pula tampil menegaskan bahawa parti gabungan itu tiada sebarang kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut laporan media. Seperti dilapor Malaysiakini , Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dia juga tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan mana-mana pihak cuba mengaitkan kes dihadapi bekas naib presiden UMNO itu . "(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN)...
Majoriti akar umbi PKR dipercayai dalam senyap menolak konsep politik anak beranak Keadaan mungkin berbeza jika Nurul Izzah mempertahankan dan menang pada PRU15 sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh Pengundi senyap di dalam pemilihan parti PKR dijangka menjadi penentu siapakah bakal Timbalan Presiden yang akan dipilih. Strategi pihak tertentu dalam PKR menonjolkan Puan Nurul Izzah Anwar sebagai pencabar tunggal penyandang iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli sebenarnya satu kesilapan yang besar. Nurul Izzah pula kelihatan seperti terperangkap apabila beliau menerima cadangan itu. Pihak tertentu itu adalah satu kumpulan yang kurang berpengaruh di kalangan rakyat, sesuai dengan panggilan lebih sudu dari kuah , yang bertenggek dan bergantung harap kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana pengaruh Anwar sendiri nampaknya semakin pudar. Namun golongan ini sebenarnya setia, lama dan sayangkan parti. Pudarnya pengaruh Anwar disebabkan kebergantungannya kepada DAP dan sekutunya yang lain, termasuk UM...
23-year-old university student claimed she was asked to transfer RM5 to an immigration officer's personal bank account when she collected her new passport, despite having already paid the renewal fee online. NSTP FILE PICTURE Immigration Department should not force people to buy the passport plastic protective cover A 23-year-old university student has alleged that an immigration officer in Johor Bahru asked her to transfer RM5 to a personal bank account after she collected her renewed passport, despite already paying the required renewal fee online, New Straits Times reported on Saturday 30 November 2024. The student, who requested anonymity, said she received an email from the immigration department on 26 November 2024 , notifying her that her passport was ready for collection at the Urban Transformation Centre (UTC) in Galleri@Kotaraya. When she arrived, a female immigration officer handed her the passport and requested an additional RM5 payment. Surprised by the unexpect...
Semoga sihat diharap bila buat berita sertakan alamat & no fon mereka ada peminat2 nk dtg jumpa
ReplyDelete