SINGLE TERBARU WANY HASRITA, CANGGUNG

Wany Hasrita

SELAMA ini, imej baik-baik sesuai dengan penampilan diri, kali ini, Wany Hasrita tampil berbeza, lapor Berita Harian.
Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah ini memberitahu, sempena single baharu berjudul Canggung, dia akan melakukan transformasi yang tidak pernah dilihat peminat dalam video muzik lagu berkenaan.


“Lagu Canggung ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong bukan berteras irama Malaysia. Single ini mirip lagu Belenggu Rindu tetapi diberi sentuhan moden.
"Tahun ini, saya makin berani. Video muzik yang bakal diterbitkan agak eksotik. Sebelum ini, klip video saya memaparkan lokasi cantik.
“Kali ini, penggambaran akan dilakukan di sebuah tempat sahaja. Elemen eksotik ditonjolkan melalui tarian, mood dan suasana. Mungkin ada haiwan yang akan dijadikan props,” katanya kepada BH Online.
Wany berkata, penggambaran video muzik yang dianggap ‘dark’ atau ‘berat’ itu akan bermula 19 Februari depan.


Ditanya tidakkah gentar dikritik andai produk dihasilkan keterlaluan dan jauh berbeza daripada imej dirinya, Wany berkata:
“Keputusan menerbitkan video muzik berkonsep ‘dark’ dibuat bagi menonjolkan karya Hael dan Ezra.
“Pada peringkat awal, pengarah dan pasukan kerja terfikir konsep sama. Namun, mereka risau apakah saya berani atau sebaliknya.
“Mungkin ada peminat yang tidak bersetuju. Namun, saya bersedia dengan apa sahaja kritikan netizen,” katanya.


dibawa oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?