ABDUL HADI PUN TOLAK PINTU BELAKANG
PRESIDEN PAS JUGA PILIH PINTU HADAPAN KE PUTRAJAYA
Walaupun ada tawaran ikut pintu belakang
Di SHAH ALAM semalam, presiden PAS Abdùl Hadi Awang menegaskan parti itu dan UMNO akan membentuk kerajaan persekutuan menggantikan Pakatan Harapan (PH) melalui cara yang betul dan mengikut undang-undang.
Di hadapan hadirin seramai lebih 600 orang di majlis pelancaran Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor malam tadi, ahli parlimen Marang itu mendedahkan blok pembangkang telah ditawarkan membentuk kerajaan melalui pintu belakang, tetapi pembangkang menolak tawaran tersebut.
"Insya Allah, kita akan masuk Putrajaya ikut pintu depan, bukan pintu belakang.
Mereka buka pintu belakang, kita masuk ikut depan
"Mereka buka pintu belakang tapi kita nak masuk ikut pintu depan," katanya tanpa menyatakan siapa yang membuat tawaran tersebut.
"Masuk melalui pintu belakang boleh menyebabkan huru-hara seperti kekeliruan yang berlaku dalam PH sekarang," tambah Hadi.
Zahid berjiwa besar
Zahid berjiwa besar
Pemimpin nombor satu PAS itu turut memuji rakan sejawatannya dari UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjiwa matang untuk menyelamatkan Malaysia tanpa muslihat taktik tidak bermoral.
"Kami ingin melakukan perubahan di negara ini. Kami bukan gila kuasa tetapi kami ingin selamatkan negara ini," dakwa Hadi.
Hadi pemimpin matang, sejahtera dan berpandangan jauh
Semasa giliran presiden UMNO berucap, Zahid memuji Hadi sebagai pemimpin matang dan sejahtera yang sangat berpandangan jauh.
Menurut bekas timbalan perdana menteri itu, Abdul Hadi Awang adalah orang pertama yang berbisik kepadanya supaya meletakkan calon MCA bertanding di PRK Tanjung Piai pada 16 November lepas.
Comments
Post a Comment