RAJA THAILAND PECAT PERMAISURI

PERKEMBANGAN RAJA THAILAND
Keputusan mengejut Raja Thailand semalam terhadap isteri termuda bertaraf permaisuri

Raja Permaisuri Sineenat Wongvajirapakdi
...isteri dari perkahwinan kelima Raja Thailand

Di BANGKOK, Thailand, semalam, Isnin 21 Oktober 2019, Raja Maha Vajiralongkorn telah melucutkan semua darjah kebesaran dan gelaran yang telah dikurniakan kepada isteri dari perkahwinan kelima baginda yang bertaraf permaisuri.

Raja Maha Vajiralongkorn dan Raja Permaisuri Sineenat Wongvajirapakdi

Pejabat Istana Thailand mengumumkan semalam, satu tindakan mengejut, hanya tiga bulan selepas Raja Permaisuri berusia 34 tahun itu menerima pengurniaan berkenaan.


Bekas jururawat tentera, Raja Permaisuri Sineenat Wongvajirapakdi juga dipecat dari jawatan "Chao Khun Phra" kerana "tidaķ taat kepada Raja" dan "menentang perlantikan Raja Permaisuri isteri dari perkahwinan keempat, Suthida atas tujuan untuk mencapai cita-cita peribadinya sendiri," lapor AFP.


Raja Permaisuri Suthida Tidjai

Sebelum ini, Reuters melaporkan Raja Thailand telah mengejutkan rakyatnya apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Suthida Tidjai, 41, beberapa hari sebelum majlis pertabalannya sebagai raja.

Raja Maha Vajiralongkorn
dan Raja Permaisuri Suthida Tidjai

Suthida adalah seorang bekas pramugari dan timbalan ketua pengawal peribadi baginda.

Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand ke-9

Raja Thailand yang baharu ini kurang dikenali, berbanding bapanya Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat dalam tahun 2016.




oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim