RAJA JEPUN TURUN TAKHTA
Berita/Rencana Raja Berperlembagaan Luar Negara Bahasa Melayu
Maharaja Akihito akan turun takhta pemerintahan raja berperlembagaan negara Jepun dalam satu upacara rasmi tradisional negara pada hari Selasa, 30 April 2019
Maharaja Akihito akan turun takhta pemerintahan raja berperlembagaan negara Jepun dalam satu upacara rasmi tradisional negara pada hari Selasa, 30 April 2019
Maharaja Akihito (kanan) melambaikan tangan kepada rakyat jelata, sambil diperhati Putera Mahkota Naruhito. Gambar dari Bloomberg |
NEGARA matahari terbit akan menyaksikan maharaja kesayangan rakyat jelata Jepun turun takhta secara rasmi ketika masih hidup, buat pertama kali dalam sejarah sejak 202 tahun yang lalu, Bloomberg melaporkan semalam, Khamis, 25 April 2019.
Turun takhta atas sebab kesihatan
Maharaja Akihito, 85, difahamkan akan meletak jawatan sebagai ketua tertinggi bukan eksekutif negara tersebut atas sebab-sebab kesihatan, di mana baginda merasakan dirinya, secara fizikal tidak lagi mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang besar itu.
Masalah kesihatan Akihito termasuk pembedahan pintasan jantung dalam tahun 2012 dan pernah terlantar di hospital akibat penyakit pneumonia yang dideritainya pada 2011.
Masalah kesihatan Akihito termasuk pembedahan pintasan jantung dalam tahun 2012 dan pernah terlantar di hospital akibat penyakit pneumonia yang dideritainya pada 2011.
Penuh adat istiadat Jepun
Maharaja Akihito akan turun takhta pemerintahan raja berperlembagaan negara Jepun dalam satu upacara rasmi tradisional negara pada jam 5.00 petang waktu tempatan, hari Selasa, 30 April 2019. Putera sulungnya, Putera Mahkota Naruhito, 59, akan menjadi pengganti, menaiki takhta bermula pada hari Rabu, 1 Mei 2019 dalam satu majlis perlantikan di Istana Imperial, Tokyo yang menggunakan pedang dan intan berlian sebagai simbol.
Istiadat turun takhta akan juga diadakan di Istana Imperial dan dijangka dihadiri 300 tetamu, termasuk perdana menteri Shinzo Abe, para menteri Kabinet dan dhif-dhif kehormat. Abe akan menyampaikan ucapan diikuti satu upacara keagamaan di mana Maharaja Akihito akan "bercakap" kepada roh-roh moyangnya melaporkan baginda akan meletak jawatan dan turun takhta.
Kali terakhir maharaja Jepun turun takhta ketika masih hidup adalah dalam tahun 1817 apabila Maharaja Kokaku melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada puteranya.
Pemerintahan beraja Jepun yang bersinambungan keturunan turun temurun dipercayai antara yang tertua dan paling lama di dunia, sejak tahun 660 Sebelum Masehi.
Menurut salasilah dari Agensi Penyimpan Mohor Diraja (Imperial Household Agency), Maharaja Jimmu adalah maharaja pertama Jepun. Hirohito, raja ke-124, mencipta sejarah sebagai ketua tertinggi negara bukan eksekutif yang pertama, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945.
Akihito adalah raja ke-125 dan Naruhito akan menjadi raja ke-126, menurut salasilah dari agensi tersebut.
Selepas turun takhta, Akihito akan memegang gelaran Emperor Emeritus atau Maharaja Emeritus - satu gelaran yang sama taraf - Paduka Ayahanda.
Baginda dan Permaisuri Michiko yang kini bersemayam di Istana Imperial akan berpindah ke istana yang lebih kecil di Tokyo.
Bakal maharaja Naruhito merupakan putera sulung dari tiga cahaya mata Akihito dan isterinya, Permaisuri Michiko. Graduan jabatan sejarah Universiti Gakushuin di Tokyo dalam tahun 1982, Naruhito kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford, United Kingdom selama dua tahun.
Naruhito mengahwini bekas diplomat Masako Owada dalam tahun 1993, dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Aiko. Bagaimanapun, undang-undang Jepun melarang waris perempuan menaiki takhta sebagai maharaja.
Ini memberi laluan kepada adinda lelakinya, Putera Akishino untuk dimasyhurkan sebagai Putera Mahkota yang baharu. Putera sulung kepada Akishino yang kini berusia 12 tahun, Hisahoto merupakan pewaris takhta seterusnya selepas Akishino.
Kehidupan Naruhito telah dilihat dengan jelas sebagai seorang individu dan personaliti yang bebas dari sebarang skandal.
Istana Imperial di Tokyo ...kediaman rasmi Maharaja dan Permaisuri Jepun bersemayam. Gambar dari Getty Images |
Maharaja Akihito akan bercakap dengan roh-roh moyangnya
Shinzo Abe, perdana menteri Jepun ...dijangka hadir ke istiadat turun takhta dan istiadat naik takhta di Istana Imperial, Tokyo |
Kali terakhir maharaja Jepun turun takhta ketika masih hidup adalah dalam tahun 1817 apabila Maharaja Kokaku melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada puteranya.
Pemerintahan beraja antara tertua dan paling lama di dunia
Menurut salasilah dari Agensi Penyimpan Mohor Diraja (Imperial Household Agency), Maharaja Jimmu adalah maharaja pertama Jepun. Hirohito, raja ke-124, mencipta sejarah sebagai ketua tertinggi negara bukan eksekutif yang pertama, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945.
Naruhito raja Jepun ke-126
Akihito adalah raja ke-125 dan Naruhito akan menjadi raja ke-126, menurut salasilah dari agensi tersebut.
Emperor Emeritus, Paduka Ayahanda
Selepas turun takhta, Akihito akan memegang gelaran Emperor Emeritus atau Maharaja Emeritus - satu gelaran yang sama taraf - Paduka Ayahanda.
Baginda dan Permaisuri Michiko yang kini bersemayam di Istana Imperial akan berpindah ke istana yang lebih kecil di Tokyo.
Bakal maharaja Naruhito merupakan putera sulung dari tiga cahaya mata Akihito dan isterinya, Permaisuri Michiko. Graduan jabatan sejarah Universiti Gakushuin di Tokyo dalam tahun 1982, Naruhito kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford, United Kingdom selama dua tahun.
Naruhito mengahwini bekas diplomat Masako Owada dalam tahun 1993, dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Aiko. Bagaimanapun, undang-undang Jepun melarang waris perempuan menaiki takhta sebagai maharaja.
Adinda Naruhito, Akishino bakal Putera Mahkota
Naruhito dilihat jelas bersih tanpa skandal
oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment