PEGUAM NEGARA LINDUNGI LIM GUAN ENG, MENURUT RPK
Rencana Politik Bahasa Melayu
RPK berpendapat 68 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Gnanaraja Gnasundram adalah percubaan Peguam Negara menutup kesalahan rasuah Lim Guan Eng

![]() |
Gnanaraja Gnasundram (kiri) dan Lim Guan Eng |
SEORANG penulis blog terkenal dari Malaysia yang kini hidup sebagai "pelarian mewah" di United Kingdom, berpendapat 68 pertuduhan berkaitan penipuan dan pengubahan wang haram terhadap pelakon dan ahli perniagaan Gnanaraja Gnasundram adalah percubaan Peguam Negara Tommy Thomas untuk menutup kesalahan berkaitan rasuah mantan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Raja Petra Kamaruddin atau RPK, menulis rencana politik dalam bahasa Inggeris dan disiarkan semalam, Isnin 8 April 2019 di blog miliknya, Malaysia Today.
Gambaran dari tajuk akhbar
Menurut RPK, 68 pertuduhan yang menjadi tajuk berita utama media tempatan cuba memberi gambaran seperti berikut:
(1) Lim Guan Eng tidak terlibat dalam kes ini.
(2) Pembayaran sebanyak RM19 juta kepada Gnanaraja oleh pengarah eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli adalah bukan rasuah.
(3) Gnanaraja menipu Zarul.
(4) Pembayaran RM19 juta tiada kaitan langsung dengan kes rasuah terowong bawah aras laut di Pulau Pinang.
(5) Tiada wang dibayar kepada mana-mana pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
RPK melihat tajuk-tajuk utama berita yang melaporkan "68 tuduhan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang didakwa "menipu" cuba "menghilangkan" perkataan rasuah.
Beliau menganggap Tommy Thomas dengan sengaja memperbodohkan rakyat Malaysia. Oleh itu, RPK mencadangkan Dr Mahathir memecat peguam negara itu dan menghumbannya ke dalam penjara.
"Kenyataan yang ditandatangani Zarul kepada SPRM dalam bulan Januari 2018 adalah jelas. Beliau (Zarul) membayar RM19 juta kepada Gnanaraja supaya membantunya agar SPRM tidak meneruskan kes rasuah ke atasnya, seterusnya fail ditutup dan ditanda NFA - no further action (tiada tindakan lanjut).
"Zarul ditangkap dalam bulan Januari 2018. Beliau membayar rasuah pada Februari 2018. Sejak itu, dirinya, Lim Guan Eng, Dr Ramasamy Palanisamy, Chow Kon Yow, Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng dan Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak ditangkap dan didakwa atas tuduhan rasuah," tulis Raja Petra Kamaruddin.
Sebelum ini, Gnanaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang membayar kepadanya (Gnanaraja) RM19 juta untuk menyelesaikan kes rasuah berkenaan dengan pihak SPRM, sehari selepas gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik balik oleh "Istana Pahang".
Motif Zarul membayar sejumlah wang tersebut telah menimbulkan persoalan.
(3) Gnanaraja menipu Zarul.
(4) Pembayaran RM19 juta tiada kaitan langsung dengan kes rasuah terowong bawah aras laut di Pulau Pinang.
(5) Tiada wang dibayar kepada mana-mana pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![]() |
Raja Petra Kamaruddin atau RPK |
RPK melihat tajuk-tajuk utama berita yang melaporkan "68 tuduhan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang didakwa "menipu" cuba "menghilangkan" perkataan rasuah.
![]() |
Tommy Thomas, Peguam Negara |
RPK anggap Tommy Thomas perbodohkan rakyat Malaysia
"Kenyataan yang ditandatangani Zarul kepada SPRM dalam bulan Januari 2018 adalah jelas. Beliau (Zarul) membayar RM19 juta kepada Gnanaraja supaya membantunya agar SPRM tidak meneruskan kes rasuah ke atasnya, seterusnya fail ditutup dan ditanda NFA - no further action (tiada tindakan lanjut).
Lim Guan Eng dijangka sekali lagi terselamat dari dakwaan rasuah
"Zarul ditangkap dalam bulan Januari 2018. Beliau membayar rasuah pada Februari 2018. Sejak itu, dirinya, Lim Guan Eng, Dr Ramasamy Palanisamy, Chow Kon Yow, Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng dan Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak ditangkap dan didakwa atas tuduhan rasuah," tulis Raja Petra Kamaruddin.
![]() |
Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengarah Eksekutif, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd |
Sebelum ini, Gnanaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang membayar kepadanya (Gnanaraja) RM19 juta untuk menyelesaikan kes rasuah berkenaan dengan pihak SPRM, sehari selepas gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik balik oleh "Istana Pahang".
Motif Zarul membayar sejumlah wang tersebut telah menimbulkan persoalan.
oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment