KUNJUNGAN PERPISAHAN FUZI HARUN DISAMBUT MESRA DR MAHATHIR
Berita Kepolisan Bahasa Melayu
Ketua Polis Negara yang akan bersara kunjungi Perdana Menteri untuk salam perpisahan
Ketua Polis Negara yang akan bersara kunjungi Perdana Menteri untuk salam perpisahan
Gambar dari Facebook |
PERDANA MENTERI Dr Mahathir Mohamad hari ini, Isnin 29 April 2019 menyambut salam perpisahan dari Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun yang mengunjungi pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohamad Fuzi di atas perkhidmatan selama 35 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mohamad Fuzi pula berkata beliau merasa berbesar hati kerana dapat mencurah bakti kepada negara dalam tempoh itu.
Mohamad Fuzi Harun, yang pernah menyatakan mungkin akan mengakhiri zaman bujangnya, akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 4 Mei 2019, juga merupakan tarikh persaraannya.
Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017, menggantikan Khalid Abu Bakar.
Pada 10 Mei 2018, sehari selepas pilihanraya umum ke-14 yang menyaksikan kekalahan mengejut Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, Astro Awani menyiarkan secara langsung kenyataan tegas Mohamad Fuzi bahawa upacara angkat sumpah Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu tidak boleh dilengahkan, dan beliau sendiri akan segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Mohamad Fuzi menjadi ketua Cawangan Khas PDRM ketika kehilangan misteri Paderi Koh dan aktivis Amri Che Mat yang belum terjawab sehingga kini.
Awal bulan ini, Dr Mahathir berkata, "kita akan biarkan dia (Mohamad Fuzi) bersara dahulu, dan kemudian Ketua Polis Negara yang lain akan melakukan penyiasatan" mengenai dakwaan Cawangan Khas PDRM adalah pihak yang disyakki terlibat di sebalik kehilangan dua lelaki itu.
oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Comments
Post a Comment