SULTAN PAHANG TURUN TAKHTA

Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar,
Sultan Pahang kelima
(dari susunan foto Zafiyah Hussain)

(Versi Bahasa Melayu)

SULTAN AHMAD SHAH Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, 88, Sultan Pahang kelima, turun takhta selepas memerintah selama hampir 45 tahun dan menyerahkannya kepada putera sulung baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkuatkuasa semalam, Sabtu, 12 Januari 2019.

Baginda mula memegang takhta sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah. Sebelum itu, baginda merupakan Tengku Mahkota Pahang, jawatan kedua tertinggi selepas Sultan, dilantik dalam tahun 1944, pada usia 14 tahun.

Sultan Ahmad Shah kini secara rasminya dikenali sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah
(hadapan, tengah) mengumumkan perlantikan Sultan Pahang keenam di sidang media

Pengumuman dibacakan oleh adinda kepada Sultan Pahang yang baharu, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang juga timbalan pengerusi Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.

Tengku Abdul Rahman juga memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikannya pada hari sebelumnya, telah bersetuju dan meluluskan pindaan Bahagian 1 Perkara 9A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada ahli majlis jumaah untuk menurunkan takhta raja disebabkan kegeringan yang besar dan berat.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan samada keputusan ini dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah,
Sultan Pahang yang baharu

Sebelum dilantik sebagai Sultan Pahang keenam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, 59 memegang jawatan Tengku Mahkota Pahang sejak 1974. Disebabkan keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang tidak begitu mengizinkan, baginda diberi tanggungjawab sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016 sehingga semalam.

Putera
Charles

Menurut TV3, saluran media arus perdana, Tengku Abdullah memegang rekod sebagai tengku mahkota kedua paling lama berkhidmat di dunia selepas Putera Charles dari Britain.



Oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia/Permadu Harmony
Semua Hak Cipta Terpelihara
2019 Hak Cipta Fauzi Kadir

Hubungi Kami
+60 11 1185 9874 (Whatsapp)
permadu@gmail.com (E-mel)

Semua gambar susunan
Zafiyah Hussain



Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?