Annuar Musa dan Nora sama-sama nafi sudah bernikah
MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya dia telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya, lapor Bernama . Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan. "Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga. “Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain," kata menteri yang tidak berimej playboy itu kepada pemberita selepas melawat tapak binaan blok tambahan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Kuala Lumpur semalam. Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh, Kelantan berkata setakat ini dia tidak berni...