Posts

Showing posts from April, 2025

Mana mungkin pakar formula letak jawatan menteri

Image
Portal lantang pro-DAP dan Pakatan Harapan yang semakin bebas, Malaysiakini , mendakwa seorang menteri kabinet yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu portal itu bahawa Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli sedang bercuti. Kedudukan Rafizi menarik perhatian susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan. "Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari. “Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar," kata menteri misteri itu. Keresahan mula timbul di kalangan pemimpin parti susulan keputusan pemilihan cabang yang menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir – memberi isyarat laluan getir buatnya dalam mempertahankan jawatan nombor dua PKR dalam pemilihan kepimpinan pusat bulan depan. Sementara itu, Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa juruaudit bebas telah dilantik u...

Selain telah banyak menghakis kepentingan orang Melayu, apa yang hebat sangat dengan UMNO, Bersatu, PAS, Amanah sehingga orang Melayu tidak boleh sertai DAP?

Image
Selagi kamu membuat perkara yang betul, tak payah layan lagi baik Buktikan terlebih dahulu penyertaan kamu dalam DAP tidak mengkhianati orang Melayu Dua Ahli Parlimen DAP, Encik Syahredzan Johan dan Puan Young Syefura Othman akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin kerana memfitnah. Menurut laporan Berita Harian sebentar tadi, Ahli Parlimen Bangi dan Bentong itu berkata, Jasri yang juga wakil rakyat BERSATU memuat naik status mengandungi kata-kata memfitnah terhadap mereka di Facebook. "ADUN itu antara lain, mengatakan bahawa kami sanggup menjadi 'sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa' serta kata-kata lain yang memfitnah kami. "Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut Perikatan Nasional (PN) di alam maya. Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini," katanya dalam kenyataan bersama di laman sosial merek...

Misteri gadis jatuh tertiarap dari pangsapuri, presiden Maldives disoal rakyatnya di KL

Image
Rakyat Maldives bimbang kemungkinan pihak berkuasa negara itu cuba tutup kes gangguan dan serangan seksual terhadap seorang gadis Pertemuan antara Presiden Maldives, Encik Mohamed Muizzu, dan warga republik itu di Malaysia bertukar tegang malam tadi apabila dia disoal berkaitan dakwaan yang mencetuskan protes yang diketuai golongan belia di negara itu, Malaysiakini melaporkan. Antara yang hadir ialah kakak kepada Cik Hawwa Yumnu Rashed, seorang pelajar Maldives berusia 21 tahun yang kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat kecederaan serius yang didakwa berpunca daripada terjatuh dari tingkap sebuah pangsapuri. Menurut abang iparnya, Encik Mohamed Muimin, wanita tersebut — yang enggan dinamakan atas faktor keselamatan — telah “menyoal” Muizzu berhubung dakwaan usaha “menutup” kejadian tersebut. Muimin berkata, kakak Hawwa turut mengemukakan soalan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Teknologi Maldives, Encik Ali Ihusaan, yang bertanggungjawab ke a...