Wartawan Malaysiakini yang lantang berjuang anti-rasuah didakwa ditangkap ketika sedang terima rasuah RM20 ribu

Tanpa berselindung, portal berita Malaysiakini mendedahkan wartawannya sendiri, Encik B Nantha Kumar ditahan malam tadi kerana didakwa menerima rasuah daripada agen yang berurusan dengan pekerja asing. Portal itu merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang menjelaskannya terus kepada Malaysiakini. Dalam penjelasan itu, Azam menafikan bahawa penahanan itu adalah kerana artikel Malaysiakini baru-baru ini mendedahkan kartel pemerdagangan warga asing. Menurut Azam, wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada agen itu sebagai balasan untuk tidak menyiarkan dua artikel berhubung agen berkenaan. Kata Azam lagi, jumlah itu akhirnya dikurangkan kepada RM20,000. "Kes perangkap" “Agen itu membuat laporan kepada SPRM, selepas itu kami menjalankan apa yang dipanggil ‘kes perangkap’ . “Agen itu kemudian bertemu wartawan berkenaan di Hotel Concorde di Shah Alam di mana wang tunai diserahkan kepada wartawan itu. “Pegawai SPRM menahan ...