Pemimpin DAP dakwa kerajaan anugerah kontrak berunsur skandal

Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook mempersoalkan mengapa kerajaan menganugerahkan konsesi bagi kerja-kerja pengorekan dan penambakan di pelabuhan persekutuan kepada syarikat yang didakwanya muflis dan mempunyai rekod buruk.

"Adakah menteri dapat nafikan apa saya sebut bahawa syarikat ini ada pelbagai masalah. Pertamanya, Inai Kiara atau holding company pada syarikat diberikan konsesi ini adalah syarikat yang telah bankrap hingga ada saman dari kerajaan tak bayar LHDN.

"Takkah menteri sedar bahawa banyak projek tergendala, tak dapat disiapkan, terpaksa cari syarikat lain.

"Ini tunjukkan bahawa keupayaan syarikat ini amat dipersoalkan.

"Kenapa syarikat yang ada track record tak baik disambung konsesi. Kerajaan beri concession pada syarikat bankrap, bukankah itu scandalous decision, satu keputusan scandalous (bersifat skandal)," katanya.

Loke yang merupakan pemimpin kanan DAP, berkata demikian semasa ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Wee terdahulu berkata kabinet bersetuju menganugerahkan konsesi bagi kerja-kerja pengorekan dan penambakan di pelabuhan persekutuan kepada Integrated Marine Works Sdn Bhd (IMW), yang merupakan anak syarikat Inai Kiara Sdn Bhd.

Menteri itu berkata antara pertimbangan yang diambil ialah pengalaman syarikat itu selama 15 tahun, penglibatan mereka dalam lebih 200 projek bernilai RM2.2 bilion dan mereka sudah melabur dalam peralatan yang diperlukan.

Bagaimanapun, dia berkata konsesi yang diberikan kepada IMW masih dalam proses untuk dimuktamadkan.

Ketika disoal oleh Loke mengenai dakwaan syarikat itu sudah muflis dan memiliki rekod prestasi yang buruk, Wee berkata ia kini menghadapi beberapa "masalah kewangan" yang sedang dikendalikan oleh pihak bank.

Dia juga sekali lagi mengatakan syarikat itu sudah mempunyai peralatan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja konsesi.

Loke berkata jika syarikat itu muflis, peralatan berkenaan berada di bank.

Berkenaan dakwaan rekod buruk syarikat itu, Wee berkata Loke hanya memberikan satu contoh sedangkan lebih 200 projek telah disiapkan oleh syarikat itu.

Apabila Loke menjawab bahawa terdapat banyak contoh yang boleh disemak oleh Wee dengan kementeriannya, menteri menggesa Loke menyenaraikan projek yang tidak dapat disiapkan syarikat berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan IMW telah dilantik sebagai kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan dan penambakan di pelabuhan negara bermula 7 Julai 2021.

IMW ialah pemegang konsesi untuk penyelenggaraan pengorekan di semua pelabuhan persekutuan selama 15 tahun sehingga 21 Disember 2019.

Semakan dengan Jabatan Insolvensi mendapati IMW mempunyai perintah penangguhan bagi penggulungan syarikat, yang bermakna ia masih belum muflis secara teknikal.

Sementara itu, Inai Kiara tidak mempunyai sebarang kes muflis terhadapnya.

Anthony Loke adalah bekas menteri pengangkutan ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.


End©Permadu



Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Nazura Othman



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank