Tony Pua mengaku pinjam duit dari penyokong kuat Najib

Tony Pua penyokong tegar Lim Guan Eng, jadi begitu mungkin kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon dalam PRU15 pada 2022 lalu

Ahli perniagaan dan penulis politik pro-Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengucapkan selamat menyertai kelab kepada Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pemegang akaun Facebook Eric See-To -Lim Sian See itu dipercayai menyindir tokoh politik kontroversi DAP, Encik Tony Pua (gambar, atas sekali).

Menurut penulis politik itu, Tony adalah seorang yang tidak tahu mengenang budi dan mengingati kawan.

Katanya, hari ini giliran Rafizi pula yang terkena "sebijik" daripada Tony.

"Hari ini dia kata dia sudah bersara politik, tidak berminat dengan konflik dalaman DAP, dan tidak mahu heret “wannabe Bersama member” masuk DAP.

"Siap hentam lagi orang yang dia kata self-important, vainglorious, pretentious, egotistical, self-aggrandising, (sombong, berlagak, ego, menyombongkan diri), banyak berkokok di media sosial tapi tidak berani bertindak atas pendirian politik sendiri. Pedas juga bahasa dia," kata penulis politik itu.

"Tapi jangan terkejut. Tony memang macam itu.

"Dulu pun dia pernah pinjam RM100,000 daripada saya ketika syarikat dia ada masalah cash flow. Pinjaman 10 hari.

"Saya bantu. Dia bayar balik. Habis cerita," katanya.

"Tapi bila isu itu timbul kemudian, bukan dia jawab dengan rendah diri atau sekadar kata “ya, pernah pinjam dan sudah bayar balik.”

"Masa itu, saya cabar dia berdebat tentang Projek Terowong Pulau Pinang. Dia menolak.

"Alasan dia, saya ini bukan siapa-siapa yang layak mencabar seorang Ahli Parlimen seperti dia untuk berdebat," ceritanya.

Lalu penulis politik itu menjawab: “You tak kenal saya? Dulu bukan you yang minta bantuan daripada saya?”

Tambahnya lagi, akhirnya Tony Pua terpaksa mengaku bahawa dia memang pernah pinjam wang daripadanya, "...sebab saya memang ada IOU daripada dia." 

"Tapi selepas mengaku, dia pula kata meminjam wang daripada seseorang tidak bermakna orang itu “somebody” (seorang yang penting). Lepas itu terus tetap tak mahu debat.

"Begitulah ceritanya. Masa perlu bantuan, boleh cari kita. Bila dicabar debat, tiba-tiba kita pula “nobody” (bukan siapa-siapa).

Sebaliknya, dia pusing jadi sindiran. Dia kata, “So, because of that, you are somebody?” (Jadi kerana itu, awak seorang yang penting?)

Tidak cukup dengan itu, katanya Tony Pua macam mempersenda, bertanya “Are tears rolling out too? Do you need a pacifier?” (Awak menangis? Awak perlu seseorang untuk tenangkan awak?)

"Begitulah gaya Tony. Bila perlu bantuan, boleh datang. Bila sudah lepas, orang yang pernah bantu pun boleh diperkecil.

"Hari ini Piji (Rafizi) pula kena rasa sendiri.

"Dulu mungkin Piji seronok tengok saya kena dengan si-Tony. Sekarang baru tahu, dengan Tony ini, bukan soal kawan atau jasa.

"Kalau kena mood dia, semua boleh jadi bahan sindiran.

"Jadi DS Piji, jangan kecil hati sangat. Kamu bukan orang pertama. Dan mungkin bukan orang terakhir.

"Selamat datang ke Kelab Tony Pua," katanya dengan nada sindiran.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim