Salam Rindu Kepada Puteri Reformasi
Keresahan Nurul Izzah
Anak perempuan kepada penulis blog terkemuka Allahyarham Raja Petra Kamaruddin menulis melalui Facebook malam tadi bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi menunjukkan keretakan. Sebaliknya, PKR sedang meledak.
Raja Sara Raja Petra (gambar, paling atas) berkata seorang demi seorang tokoh reformasi akan pergi, meletak jawatan, atau secara terang-terangan berbalah sesama sendiri. Tambahnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Encik Nik Nazmi Nik Ahmad sudah pun meninggalkan parti itu.
Dan di tengah-tengah kekacauan ini, satu soalan semakin kuat bergema, lalu dia bertanya: "Di mana Nurul Izzah?"
"Ini sepatutnya menjadi detik gemilang beliau. Selepas mengalahkan Rafizi untuk jawatan timbalan presiden, beliau diunjurkan sebagai wajah masa depan PKR. Generasi akan datang. Kesinambungan reformasi.
"Sebaliknya, politik PKR sedang cedera manakala timbalan presidennya hampir tidak kelihatan sama sekali. Pemimpin-pemimpin akan meninggalkan parti. Akar umbi kecewa. Perang antara kumpulan bertentangan dalam parti meletup secara terbuka," katanya.
Raja Sara menekankan bahawa anak sulung presiden PKR, Puan Nurul Izzah Anwar Ibrahim nampaknya menghilang terus dari dunia politik negara yang sedang menjadi perbualan hangat.
"Apa yang nyata adalah kejam," tidak seperti dijangka dan diharap."
Seperti yang diperhatikan oleh ramai orang, Rafizi kalah dalam pemilihan parti, tetapi masih mengawal perjalanan cerita politik parti. Anak perempuan Perdana Menteri memenangi jawatan itu, tetapi tidak mampu mengawal parti, Raja Sara berkongsi pandangan ramai itu.
"Dan itu adalah bahaya yang lebih besar untuk PKR hari ini. Parti itu tidak lagi kelihatan bersatu atau berinspirasi. Umpama hilang arah tujuan. Ia kelihatan lesu dan tidak bermaya.
“Biasanya parti mula runtuh selepas hilang kuasa. PKR bergelut ketika masih menguasai Putrajaya.
"Itu bukan pergolakan politik biasa. Itu tanda amaran," kata Raja Sara. Walaupun tidak menyebut, beliau dipercayai merujuk kepada amaran bahawa parti akan hancur berderai.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment