Kerajaan Terengganu mahu selesaikan sebaiknya isu operasi FELDA tanpa kebenaran sah

Tak semena-mena UMNO macam tersinggung pula

Akhbar dan portal berita Bahasa Melayu Berita Harian melaporkan hari ini bahawa EXCO Terengganu sebagai berkata UMNO tidak perlu berasa tersinggung dengan tindakan kerajaan negeri itu dalam menguruskan isu tanah FELDA kerana fokus utama kerajaan sejak awal adalah penyelesaian teknikal dan perundangan, bukan politik. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim (gambar, atas), menegaskan sejak kerajaan negeri memulakan proses menuntut hak, tidak ada satu pun kenyataan yang menyasarkan UMNO.

"Saya pun tak faham kenapa UMNO rasa tersakiti. Dari awal menguruskan kes FELDA ini, kita tak pernah langsung sentuh UMNO. Malah kita berterima kasih dengan kenyataan bekas Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said).

"Datuk Seri Ahmad Said maklumkan, zaman dia mentadbir dulu, tanah seluas kira-kira 15,000 hektar yang diberi kepada FELDA tak ada hak milik.

'FELDA membangunkan tanah secara haram'

"Bila tak ada geran hak milik, ia bermakna tanah itu masih berstatus tanah kerajaan. Mantan MB sendiri menyebut FELDA membangunkan tanah secara haram, lebih keras daripada istilah saya yang hanya mengatakan FELDA menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

"Walau ada usaha untuk nak cover balik dengan laporan polis dan pelbagai penafian, hakikatnya kenyataan bekas Menteri Besar 'straight forward' sahaja," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Azman menegaskan peraturan tanah tidak pernah berubah, baik ketika pentadbiran terdahulu mahupun sekarang dan syarat yang tidak dipatuhi FELDA sejak dahulu kekal belum dipenuhi sehingga kini.

Beliau berkata, fokus kerajaan negeri sejak awal adalah untuk menyelesaikan isu dengan FELDA dan tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan yang mengajak UMNO berkonfrontasi.

"Malah kita berterima kasih atas usaha perundingan yang dimulakan oleh pemimpin UMNO dulu. Berulang kali saya nyatakan, kita hanya menyambung kerja yang belum selesai," katanya.

Dr Azman berkata, beliau tidak memahami mengapa UMNO merasakan penyelesaian isu itu akan menjejaskan imej parti berkenaan.

Malah dakwa beliau, tindakan itu seolah-olah menunjukkan keinginan untuk melihat PAS terus terbelit dengan isu.

"Kalau begini cara berfikir, banyak lagi awak belah sana kena belajar berpolitik," katanya.

Dr Azman berkata, tindakan tegas kerajaan negeri menghantar Notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN) membuka ruang baharu penyelesaian apabila pengurusan tertinggi FELDA kembali ke meja rundingan.

Beliau berkata, banyak persetujuan awal disepakati secara dasar dan FELDA menunjukkan keseriusan untuk menyelesaikan isu lapuk itu segera.

"Beberapa tuntutan kerajaan negeri dibincangkan seadilnya. Bila situasi ini wujud, maka apakah ia suatu keadilan untuk kerajaan negeri terus berkeras dan bertegas tanpa kompromi? Jawabnya, tidak!

"Langkah menyambut perdamaian dari Kerajaan negeri ialah dengan menimbang permohonan FELDA untuk menyambung tempoh remedi dan memberikan keizinan untuk FGV mengoperasikan semula ladang walaupun Notis 425 KTN masih berkuatkuasa.

'Keras keng'

"Dalam berunding, kita perlu ada sikap memberi dan menerima. Kalau sikap 'keras keng' itu tak dinamakan berunding," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim