Berebut hendak jaga ibu hingga ke mahkamah
Selalunya bila sebut kes mahkamah melibatkan adik-beradik, mesti kita terbayang isu perebutan harta pusaka atau tanah. Tapi kisah benar yang berlaku di Arab Saudi ini sangat berbeza dan cukup untuk buat kita rasa sebak.
Seorang lelaki tua bernama Hizam Al-Ghamdi terpaksa berlawan dengan adiknya sendiri di hadapan hakim. Mereka bukan bergaduh sebab duit, sebaliknya masing-masing tak nak mengalah siapa yang patut jaga ibu mereka yang dah sangat uzur.
Hizam berkeras dia nak terus jaga ibunya macam yang dia buat selama ini sebab itu nyawa dia. Tapi si adik pula tak setuju sebab dia nampak abangnya sendiri pun dah tua dan perlukan rehat.
Keadaan di mahkamah jadi sangat emosi bila dua-dua merayu dekat hakim supaya diberikan hak penjagaan. Hakim yang buntu akhirnya panggil ibu mereka masuk untuk buat pilihan sendiri.
Jawapan ibu mereka sangat menyentuh hati bila dia cakap dia tak mampu nak pilih sebab dua-dua anak itu ibarat matanya kiri dan kanan. Disebabkan ibu tak sampai hati nak pilih, hakim terpaksa buat keputusan berdasarkan logik akal.
Mahkamah memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada si adik sebab faktor usia dan tenaga yang lebih kuat berbanding Hizam. Saat keputusan itu keluar, suasana jadi pilu bila Hizam terus menangis teresak-esak di situ juga.
Dia menangis bukan sebab takut atau sedih kena hukuman. Air mata itu tumpah sebab dia rasa dia dah 'kalah' dan hilang peluang keemasan untuk berbakti pada ibunya di sisa hidup yang ada.
Adaptasi dari sebuah kisah yang dikongsi seorang rakan melalui hantaran WhatsApp hari ini.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment