4 berbogel dalam program motivasi

Antara individu termasuk suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga tiba di Mahkamah Majistret, Shah Alam bagi proses reman.
Gambar 
NSTP oleh Faiz Anuar

Media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat aktiviti berbogel dilakukan empat individu pada program motivasi rumah tangga (eHATI) di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata aktiviti itu berlaku di majlis diadakan pada waktu malam dikenali sebagai 'Queens Night' dianjurkan syarikat motivasi terbabit.

"Pada malam Queens Night iaitu hari terakhir program eHATI, memang ada kegiatan bogel dilakukan empat individu membabitkan fasilitator dan peserta program berkenaan," akhbar dan portal berita Kosmo! memetik Hussein Omar sebagai berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, semalam.

Hussein pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, hari ini. - NSTP/Faiz Anuar
Hussein pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. Gambar NSTP oleh Faiz Anuar
Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi eHATI bersama empat individu lain berusia antara 26 hingga 57 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.

Hussein berkata, terdapat dua pakej ditawarkan pada program itu dengan Pakej A berharga sekitar RM6,000, manakala Pakej B berharga kira-kira RM9,000.

"Pakej B ada tambahan program dikenali sebagai 'Queens Night' dan aktiviti bogel itu dipanggil sebagai 'rebirth'.

"Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair minuman yang ada pada majlis itu," katanya.

Hussein berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 50 peserta yang menyertai program itu dan mereka diminta tampil memberi keterangan.

"Kita sudah ada semua 50 senarai peserta dan setakat ini 30 individu sudah hadir memberi keterangan.

"Siasatan juga mendapati program ini tidak hanya memfokuskan individu beragama Islam, sebaliknya dianjurkan kepada semua," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menghantar sampel cecair yang dirampas kepada Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungannya.

"Kita juga mengesan ada penjawat awam yang menyertai program ini dan siasatan lanjut masih dijalankan, jadi beri kami ruang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan; Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?