Sebak lihat lelaki makan seorang diri, tetapi seolah sedang menjamu selera bersama keluarga

Warga emas makan malam dengan ahli keluarga yang tidak kelihatan 

Warga emas dipercayai pernah lalui pengalaman kehilangan ahli keluarga

Laporan berita Kosmo! Online semalam amat menyentuh perasaan.

Memetik satu hantaran di media sosial, portal berita itu berkata seorang lelaki warga emas dilihat menjamu selera seorang diri sambil berbual dengan kerusi-kerusi kosong di sekelilingnya, seolah-olah sedang menikmati makan malam bersama ahli keluarga di sebuah restoran.

Menurut pendedahan seorang pengguna Facebook menerusi kumpulan Pakar Diari Hati, kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam ketika dia dan keluarganya sedang menjamu selera selepas membeli barangan sekolah anak-anak.

“Sambil tunggu makanan, kami ternampak seorang uncle (pak cik) yang menyusun pinggan, air dan kerusi dengan sangat teratur. Lama-kelamaan, kami rasa pelik kerana dia susun elok-elok lapan set hidangan termasuk lapan teh ais.

“Apabila makanan sampai, dia mula makan bahagian dia, kemudian berbual pula dengan kerusi kosong di sebelah. Saya dan isteri mula sebak tengok dia. Isteri sampai menangis,” katanya.

Kata lelaki itu, suasana turut diselubungi emosi apabila anak-anaknya sendiri menunjukkan reaksi sedih melihat tindakan lelaki tersebut makan sambil seolah-olah berbual dengan keluarga yang tidak kelihatan.

“Kami diberitahu oleh pekerja restoran bahawa pak cik itu datang dua hingga tiga kali seminggu, setiap kali akan pesan makanan untuk lapan orang dan susun semuanya sendiri dengan sangat teratur. Dia juga bayar penuh walaupun makan seorang diri,” ujarnya.

Pekerja restoran turut memaklumkan warga emas itu sangat teliti dan akan menegur jika ada pesanan yang tertinggal walaupun hanya segelas air.

“Dia bukan orang ‘wire shot’. Pakaiannya kemas, siap pakai pelitup muka. Bayar makanan penuh, susun meja rapi. Kita tak tahu sejarah hidup yang dia lalui. Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesejahteraan warga emas itu.

“Mungkin ada sesuatu yang dia terkilan. Kita tak tahu, moga pak cik tu sihat selalu,” komen Wan Nafisah Ghazali.

“Ya, kita mudah berkata hargai, tetapi waktu ada, susah nak hargai. Dah tiada, baru kita sedar apa itu menghargai,” kata Alon Zain. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?