U-Mobile bakal dikuasai keluarga diraja Johor sebagai pemegang saham terbesar, kata Malaysiakini
Menurut Malaysiakini, ini susulan keputusan ST Telemedia dari Singapura, yang kini pemegang saham terbesar, menjual sebahagian besar pegangan sahamnya kepada Mawar Setia Sdn Bhd.
Selepas urus niaga ini, yang diumumkan semalam, pegangan ST Telemedia dalam U Mobile akan berkurangan daripada 48.25 peratus kepada 20 peratus. Baki 28.25 peratus saham tersebut akan dimiliki oleh Mawar Setia.
Mawar Setia syarikat yang dimiliki 70 peratus oleh sahabat baik Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, iaitu taikun Tan Sri Vincent Tan dan 30 peratus oleh Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, anakanda kepada Sultan Johor.
Pegangan efektif Tunku Aminah dalam U Mobile akan menjadi 8.5 peratus.
Ayahandanya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memiliki 22.3 peratus saham dalam U Mobile.
Secara gabungan, Sultan Ibrahim dan Tunku Aminah akan memiliki 30.8 peratus pegangan dalam syarikat telekomunikasi itu, menjadikan mereka pemegang saham terbesar.
Penguasaan Vincent Tan dalam U Mobile melalui Mawar Setia sebanyak 19.8 peratus manakala jumlah pegangan keseluruhannya dalam syarikat tersebut, termasuk melalui pemilikan manfaat daripada pemegang saham lain seperti Berjaya Infrastructure dan U Telemedia, dianggarkan sekitar 22.2 peratus.
Anak saudaranya, Puan Diana Tan pula memiliki 0.28 peratus saham dalam U Mobile.
Penyusunan semula pemilikan ini berlaku selepas ST Telemedia bersetuju untuk mengurangkan pegangan sahamnya dalam U Mobile, susulan pelantikan syarikat itu sebagai pengendali rangkaian 5G kedua di Malaysia.
Langkah ini bertujuan mengurangkan pemilikan asing dalam syarikat telekomunikasi tersebut.
ST Telemedia adalah anak syarikat Temasek dari Singapura.
Sebelum ini, Tan pernah mempertahankan Sultan Ibrahim daripada kritikan, menyeru agar tiada pihak membuat tuduhan melulu terhadap Agong berhubung pelantikan U Mobile sebagai pengendali 5G.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment