Ini Ketua Pemuda UMNO ke.. atau Ketua Pemuda Najib-Rosmah?

Tak natural langsung! Kelantangannya dari dulu semacam dibuat-buat, sambil mencari isu baru. Macam seorang lagi tu, lantang-lantang bertuan!

“Terima kasih PMX,” Sinar Harian memetik kata-kata "keramat"  Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh menerusi satu hantaran di media sosial.

Muhammad Akmal memuji kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersuara berhubung kes mahkamah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Satu pengakuan yang berani. Jadi segala tohmahan terhadap Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila beliau dilepaskan daripada segala pertuduhan yang dihadapi olehnya beberapa hari lepas.

“Cincin Rosmah itu, Rosmah ini, semuanya ALLAH SWT telah tunjukkan kebenarannya hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Sabtu 21 Disember 2024.

Sebelum ini, Anwar sekali lagi menafikan pembabitannya dalam kes mahkamah melibatkan Rosmah.

Beliau sebaliknya menyatakan bahawa beberapa pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu terburu-buru sehingga banyak ‘kecacatan’.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal turut menitipkan rasa simpati terhadap keluarga Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menanggung semua tuduhan "liar"  dilemparkan.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!