Laporan Bloomberg betul jika Anwar dan SPRM tak ambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg

Laporan Bloomberg betul jika Anwar dan SPRM tak ambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg , begitilah mesej yang cuba disampaikan oleh seorang peguam terkenal.

Peguam berkenaan, Encik Haniff Khatri Abdulla meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memfailkan saman terhadap media antarabangsa, Bloomberg yang melaporkan Perdana Menteri itu campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam itu merujuk laporan Bloomberg di mana SPRM didakwa menerima arahan Anwar untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.

"Sebagai seorang pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa perdana menteri sebagai jawatan tertinggi urus tadbir negara perlu pada setiap masa mengambil langkah-langkah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengukuhkan nama baik kerusi perdana menteri dan negara ini.

"Sekiranya ada media antarabangsa seperti Bloomberg berani membuat satu laporan palsu tanpa usul periksa, maka langkah sebaiknya adalah tindakan undang-undang fitnah -defamation yang wajar perlu diambil dalam kes ini," kata Haniff dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook miliknya petang tadi, seperti dipetik Malaysiakini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan media tersebut dan menyifatkannya sebagai tohmahan liar.

Meskipun tidak menamakan mana-mana individu, suruhanjaya itu jelas merujuk kepada laporan MalaysiaNow yang memetik artikel daripada Bloomberg.

Haniff bagaimanapun berkata penafian SPRM sahaja tidak memadai untuk memastikan jawatan perdana menteri tidak disalahgunakan.

“Penafian baik tetapi tidak cukup sebab bukan sahaja nama peribadi perdana menteri itu ditohmahkan, tetapi yang lebih penting bagi rakyat Malaysia, kerusi perdana menteri dicampuradukkan sebagai kerusi yang menyeleweng atau kononnya menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan kepada SPRM," jelasnya.

Tambahnya, Anwar pada 27 Mac lalu turut dipetik berkata bahawa dia sendiri akan menyemak mengenai isu itu dengan kementerian kewangan.

Kata Haniff, hari ini genap enam bulan tetapi masih tiada kenyataan lengkap dikeluarkan oleh perdana menteri.

Farhash pada Mac lalu dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam HeiTech Padu Berhad yang memperoleh kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.

Bagaimanapun HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kemudiannya berkata Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan.

Pada 19 Mac, Farhash menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pada April lalu, Menteri Komunikasi Encik Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa HeiTech Padu menang tender JPJ secara tender terbuka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan bahawa Anwar mengeluarkan arahan kepada SPRM dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki untuk tidak menyiasat pemilikan saham berkenaan.

Di sebalik penafian PMO, ketua penerangan PAS Encik Ahmad Fadhli Shaari malam tadi mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg sekiranya laporan tersebut tidak benar.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan