3R ini akta baharu ke? Bila Dewan Rakyat luluskan?

Seorang negarawan berusia 99 tahun berpendapat tiada keperluan memperkenalkan peraturan di luar undang-undang bagi menstabilkan dan memajukan negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk kerajaan, undang-undang tersebut mula diperkenalkan.

Menurutnya, Malaysia pernah menghadapi rusuhan kaum dan ekstremis agama, namun ia diselesaikan melalui Perlembagaan Negara atau undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

“Malaysia (Malaya) telah merdeka 68 tahun. Perlembagaan Negara dan undang-undang memadai untuk negara menjadi stabil serta maju.

Dengan 3R (agama, raja, kaum) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan,” Sinar Harian memetik Dr Mahathir sebagai berkata menerusi hantaran di Facebook semalam, Khamis 26 September, 2024.

Selain itu, Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Tun M menganggap syarat untuk mendapat peruntukan wang bagi kawasan pembangkang dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) adalah rasuah.

Ujarnya, duit kerajaan bukan milik parti kerajaan, namun ia adalah milik rakyat.

“Peruntukan duit kepada wakil rakyat sepatutnya sama antara wakil parti kerajaan dengan parti pembangkang.

Kerajaan dahulu bagi RM400 juta kepada Kelantan, RM200 juta kepada Terengganu dan Kedah tanpa syarat walaupun negeri-negeri ini adalah parti parti bukan Kerajaan Pusat. Nak beli Mercedes pun tidak disoal,” jelasnya.

Tun M berkata, sekarang ditambah secara perundangan luar peraturan yang kononnya bertujuan menstabilkan negara.

Tambahnya, wakil rakyat juga tidak dapat menyentuh 3R di dalam dewan.

“Walaupun konon MoU bertujuan menghapus kebencian dan perkauman oleh wakil rakyat di Parlimen tetapi yang jelas ialah kerajaan akan tafsir sesuatu ucapan itu berbau rasis atau kebencian atau tidak.

“Speaker juga boleh larang wakil rakyat pembangkang, mereka tidak dapat pertahan ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, 3R dan MoU bertujuan untuk menutup mulut rakyat serta wakil mereka.

Menurutnya, ini kerana kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya.

“Curi duit kerajaan pun boleh, tipu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun okay. Inilah yang boleh dilakukan kerajaan jika MoU ditandatangani oleh wakil rakyat pembangkang.

“Tolak MoU dan tolak 3R. Pertahan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Kembali dan hormati Perlembagaan Malaysia. Henti extra judicial peraturan,” jelasnya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan