Wan Rosdy, Khaled Nordin menang naib presiden UMNO, tunggu keputusan rasmi


Media melaporkan keputusan tidak rasmi menunjukkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berada dalam keadaan selesa mendahului jawatan naib presiden UMNO, bagi penggal 2023-2026.

Menurut FMT, setakat jam 10 malam tadi, Wan Rosdy memperoleh 88 undi manakala Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi meraih 81 undi. Mereka diikuti Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang meraih 68 undi.

Calon lain yang bersaing adalah Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Hasni Mohammad, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan ahli UMNO Iskandar Puteri Yusof Musa.

Sebanyak 189 bahagian UMNO terlibat pada pemilihan kali ini.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Are Malay-Muslim governments since Merdeka until today damaging Malays & Malaysia?

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Kenyataan Pembelaan Sanusi Vs Anwar

Satu Lagi Episod Pandemik Seks Agamawan/Pendakwah

Senang sangat ahli politik berkuasa curi duit rakyat, kata pengkritik kontroversi

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Rakyat menanti penuh debaran penampilan pertama Sultanah Kelantan

PAS perlu jawab sanggahan Mufti Perlis jika betul ikhlas perjuang Islam