Shahidan persoal kembali pasport kepada Zahid Hamidi secara kekal


Shahidan bertanya mengapa Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob menyatakan beliau "diarahkan" untuk tidak mengemukakan sebarang bantahan

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar, atas) mempersoalkan mengapa Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob menyatakan beliau "diarahkan" untuk tidak mengemukakan sebarang bantahan dalam permohonan mendapatkan semula pasport antarabangsa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah hari ini.

Portal berita yang dilihat mesra Perikatan Nasional, MalaysiaNow melaporkan. 

Ketika berucap dalam Dewan Rakyat hari ini, wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu turut mempersoalkan mengapa Zahid diberi layanan istimewa sedangkan presiden UMNO itu sedang berdepan 47 pertuduhan kes mahkamah.

Menurut Shahidan, sekiranya Zahid diberikan pasport antarabangsa secara kekal, maka isteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Datin Seri Rosmah Mansor juga perlu diberikan layanan sama.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan pagi tadi membenarkan Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan hakim Hanipah Farikullah sebulat suara membenarkan permohonan Zahid yang sebelum ini ditolak Mahkamah tinggi pada 3 Februari lalu.

Sementara itu, Rosmah pula dibenarkan untuk ke Singapura selepas pasport isteri bekas perdana menteri itu dikembalikan secara sementara pada Selasa minggu lalu.

"Kenapa DPP sebut perkataan ini 'dapat arahan untuk tidak membantah'? Dia kata dapat arahan untuk tidak membantah di mahkamah. Tolong jawab, saya tak faham," soal Shahidan ketika berucap dalam sesi Perbahasan Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri.

"Sekiranya kita beri kepada TPM, kita perlu bagi juga kepada Rosmah. Rosmah (cuma) dapat pasport sementara.

"Kenapa boleh bagi kepada TPM tetapi tidak beri kepada Rosmah?"

Mengulas lanjut, Shahidan menyarankan supaya kerajaan bersikap adil dan tidak membuat keputusan secara terpilih.

"Saya sokong supaya diberikan kepada semua.

“Ini Madani," tambah beliau.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri