Khurafat yang bakal menghancurkan, pesan OutSyed The Box

Syed Akbar Ali

 Seorang penulis blog terkenal semalam menasihati orang ramai, khususnya orang Melayu Islam di negara ini supaya menjauhkan diri dari terlibat dalam aktiviti sihir dan perbomohan, samada sebagai pengamal mahupun sebagai pelanggan.

Syed Akbar Ali, yang merupakan pemilik dan penulis blog OutSyed The Box, menzahirkan kebimbangan ia boleh menjerumuskan seseorang kepada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. 

Amalan khurafat boleh menghancurkan, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel siaran Permadu Malaysia bertarikh 24 Januari, 2023, bertajuk Nur Hasliza Dibuai Indah Selama 2 Jam Bersama Bomoh Lelaki Profesional.

Syed Akbar dikenali sebagai penulis berfikiran di luar kotak dan seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Bukan sahaja sering membaca Al Quran, beliau dipercayai turut menghayati dan memahami isi kandungan firman Allah Taala yang terdapat di dalam Kitab Suci itu. 

Berikut disiarkan petikan tulisan beliau di blog OutSyed The Box siaran 24 Januari, 2023:

Sila klik di sini :  Permadu Malaysia

Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala yang mereka menciptakan, kerana sesungguhnya apa yang mereka menciptakan itu hanyalah tipu daya orang sihir; sedang orang sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada"  (Surah Taha 20:69).

My Comments : 

Surah Taha (ayat Surah 20:69) kisahkan Nabi Musa membocorkan pembohongan puak-puak main sihir yang diupah Firaun. Sihir itu menjadi amalan orang Firaun pada zaman itu. Firaun adalah seorang kafir. 

Dan ikut ayat ini, sihir mereka itu cuma tipu daya.

Innama - sesungguhnya 
sanaa'u - (yang mereka) ciptakan 
kaidu - tipu daya 
saahireen  - orang sihir 

Sebenarnya 'kuasa sihir'  mereka (kononnya) tidak boleh mendapatkan balik secebis habuk daripada seekor lalat pun.

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. Sangat lemah yang meminta dan yang diminta - (Surah Al-Hajj 22:73).

Janganlah jadi mangsa tipu-daya (al kaidu).  

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri